Thursday, June 25, 2015

SYARAT-SYARAT ZAKAT









  • Harta Yang Dimiliki Secara Sepenuhnya. 
  • Yang dimaksudkan dengan pemilikan ialah hak monopoli yang diperoleh atas harta melalui cara yang dihalalkan oleh syarak. Manakala pemilikan penuh pula bererti pemilikan keatas kedua-dua unsur harta itu, iaitulah “benda” dan “manfaat”. Dengan kata lain, harta berkenaan berada ditangan tuan punya yang berkenaan, tidak tertakluk kepada hak orang lain. Ini bererti zakat tidak diwajibkan keatas harta awam, seperti harta kerajaan kerana ia adalah milik semua orang dan tiada siapa berhak mengurusnya atas nama peribadi. Begitu juga zakat tidak dikenakan keatas harta wakaf am
  • Harta Yang Subur

  • Harta yang dikenakan itu perlu bersifat subur, iaitu ia boleh ditafsirkan sebagai mampu melahirkan keuntungan atau keuntungan itu sendiri. Kesuburan juga terbahagi kepada dua iaitu kesuburan yang hakiki dan tidak hakiki. Kesuburan yang hakiki berlaku dengan cara mengalami pertambahan seperti disebabkan oleh kelahiran anak binatang ternakan atau oleh keuntungan perniagaan. Manakala pertambahan tidak hakiki pula ialah kemampuan dan potensi yang ada pada harta itu sendiri untuk berkembang sama ada berada di tangan tuan punya sendiri atau di tangan orang lain. Hal ini dapat jelas dapat di lihat pada harta-harta yang di sebut oleh Rasulullah s.a.w yang dikenakan zakat semuanya bersifat subur. Antaranya ialah binatang ternakan yang dipelihara bagi tujuan mendapatkan hasil, emas, perak, dan wang ringgit yang diperniagakan atau disimpan, hasil tanaman, harta karun serta hasil perlombongan yang diusahakan dan sebagainya. Begitu juga harta benda yang tidak dikenakan zakat semuanya bersifat tidak subur. Contohnya seperti kuda yang digunakan untuk tunggangan, barang perhiasan wanita dalam kadar yang biasa dan sebagainya.

  • Cukup Nisab
    Secara umumnya, nisab bererti kadar tertentu. Ini bererti, apa sahaja harta tidak dikenakan zakat kecuali sesudah mencapai kadar jumlah yang tertentu yang distilahkan sebgai nisab. Rasullah s.a.w dalam hadithnya menjelaskan dengan terperinci bagi setiap harta yang di kenakan zakatcontohnya ialah sabda Rasulullah yang bermaksud:“ tidak wajib zakat pada emas yang kurang daripada 20 mithqal dan perak yang kurang dari 200 dirham.”(riwayat Abu U’baid)Zakat hanya akan dipungut daripada harta seseorang itu sekiranya ia memiliki sejumlah harta yang cukup bagi keperluan hidup asasi bagi dirinya sendiri dan bagi mereka yang dibawah tanggungannya. Dengan memiliki kadar harta sebanyak itu, barulah ia dianggap sebagai berada dan berkewajipan membantu mereka yang tidak berada.
  • Melebihi Keperluan Asasi. 
  • Bebas dari Hutang
    Sebelum jumlah zakat yang perlu dibayar ditentukan, tanggungan hutang pemilik berkenaan perlu ditolak terlebih dahulu daripada jumlah besar harta yang perlu dikenakan zakat itu. Sekiranya selepas penolakan dibuat, bakinya masih mencapai kadar nisab, zakat akan diambil daripada jumlah berkenaan.

  • Cukup Tempoh atau Haul
    Syarat ini hanya terpakai pada harta yang bersifat modal sahaja dan tidak pada harta-harta yang bersifat pendapatan. Antara harta yang bersifat modal dan tertakluk kepada syarat ini ialah binatang ternakan, wang dan barang dagangan. Harta yang bersifat pendapatan dan tidak tertakluk pada syarat ini ialah hasil tanaman, hasil galian, harta karun dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment