SKIM BANTUAN BAZAR
KLUANG 12 Jun – Sebanyak RM1.2 juta diperuntukan melalui Skim Bantuan Bazar Ramadan kepada 408 peniaga dan penjaja kecil Melayu bagi membantu golongan itu menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan di seluruh negeri.
KLUANG 12 Jun – Sebanyak RM1.2 juta diperuntukan melalui Skim Bantuan Bazar Ramadan kepada 408 peniaga dan penjaja kecil Melayu bagi membantu golongan itu menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan di seluruh negeri.
Yang Dipertua
Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Negeri Johor, Datuk Mohammad Mahmood
berkata, peruntukan membabitkan pengagihan antara RM1,000 hingga RM2,000
disalurkan kepada setiap peniaga minuman, manakala penjual makanan memperoleh
pinjaman sehingga RM3,000.
Menurutnya, peruntukan untuk membantu peniaga
dan penjaja kecil tersebut bagi tahun ini adalah sebanyak RM1.9 juta, namun
hanya RM1.2 juta diluluskan oleh Bank Rakyat kepada pemohon yang layak.
“Pihak Bank
Rakyat telah membuat penapisan berdasarkan rekod pemohon sebelum meluluskan
pinjaman mereka untuk menampung kos bagi menjalankan perniagaan masing-masing
pada Ramadan tahun ini. Kemudahan pinjaman melalui skim ini harus dimanfaatkan
sebaik-baiknya oleh peminjam.
“Mereka perlu
membuat bayaran balik mengikut syarat-syarat ditetapkan melalui perjanjian yang
telah dibuat,” katanya dalam Majlis Penyerahan Kelulusan Skim Bantuan Bazar
Ramadan peringkat negeri bagi daerah Kluang di Taman Ilham di sini hari ini.
Yang turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian
Kluang, Mejar (B) Muhamad Tukiran; Ketua Wilayah 4 Bank Rakyat, Azman Abd. Aziz
dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
negeri, Nur Nikman Jaiman.
Tambah Mohammad, peniaga yang meminjam
melalui skim tersebut juga beruntung kerana tempoh bayaran balik pada kali ini
dilanjutkan kepada empat bulan berbanding hanya dua bulan pada tahun lalu.
“Kita berharap
mereka dapat mematuhi perkara tersebut kerana tidak mahu berlaku seperti tahun
lalu apabila hampir 49 peratus peminjam langsung tidak membayar pinjaman mereka
sehingga menyebabkan dana bantuan skim ini dikecilkan kepada RM1.9 juta
berbanding RM2.7 juta,” katanya.
Sementara itu, kata beliau, sebanyak 97
daripada 103 permohonan bagi daerah Kluang layak mendapat pinjaman melalui skim
tersebut yang melibatkan bayaran sebanyak RM288,000, manakala bakinya tidak
berjaya disebabkan tidak menepati syarat ditetapkan.
No comments:
Post a Comment