Monday, June 22, 2015
SKIM BANTUAN BAZAR
KLUANG 12 Jun – Sebanyak RM1.2 juta diperuntukan melalui Skim Bantuan Bazar Ramadan kepada 408 peniaga dan penjaja kecil Melayu bagi membantu golongan itu menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan di seluruh negeri.
KLUANG 12 Jun – Sebanyak RM1.2 juta diperuntukan melalui Skim Bantuan Bazar Ramadan kepada 408 peniaga dan penjaja kecil Melayu bagi membantu golongan itu menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan di seluruh negeri.
Yang Dipertua
Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Negeri Johor, Datuk Mohammad Mahmood
berkata, peruntukan membabitkan pengagihan antara RM1,000 hingga RM2,000
disalurkan kepada setiap peniaga minuman, manakala penjual makanan memperoleh
pinjaman sehingga RM3,000.
Menurutnya, peruntukan untuk membantu peniaga
dan penjaja kecil tersebut bagi tahun ini adalah sebanyak RM1.9 juta, namun
hanya RM1.2 juta diluluskan oleh Bank Rakyat kepada pemohon yang layak.
“Pihak Bank
Rakyat telah membuat penapisan berdasarkan rekod pemohon sebelum meluluskan
pinjaman mereka untuk menampung kos bagi menjalankan perniagaan masing-masing
pada Ramadan tahun ini. Kemudahan pinjaman melalui skim ini harus dimanfaatkan
sebaik-baiknya oleh peminjam.
“Mereka perlu
membuat bayaran balik mengikut syarat-syarat ditetapkan melalui perjanjian yang
telah dibuat,” katanya dalam Majlis Penyerahan Kelulusan Skim Bantuan Bazar
Ramadan peringkat negeri bagi daerah Kluang di Taman Ilham di sini hari ini.
Yang turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian
Kluang, Mejar (B) Muhamad Tukiran; Ketua Wilayah 4 Bank Rakyat, Azman Abd. Aziz
dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
negeri, Nur Nikman Jaiman.
Tambah Mohammad, peniaga yang meminjam
melalui skim tersebut juga beruntung kerana tempoh bayaran balik pada kali ini
dilanjutkan kepada empat bulan berbanding hanya dua bulan pada tahun lalu.
“Kita berharap
mereka dapat mematuhi perkara tersebut kerana tidak mahu berlaku seperti tahun
lalu apabila hampir 49 peratus peminjam langsung tidak membayar pinjaman mereka
sehingga menyebabkan dana bantuan skim ini dikecilkan kepada RM1.9 juta
berbanding RM2.7 juta,” katanya.
Sementara itu, kata beliau, sebanyak 97
daripada 103 permohonan bagi daerah Kluang layak mendapat pinjaman melalui skim
tersebut yang melibatkan bayaran sebanyak RM288,000, manakala bakinya tidak
berjaya disebabkan tidak menepati syarat ditetapkan.
Senarai Lokasi Bazar Ramadhan 2015 Johor Bahru JB015
- Jalan Ara 9, Taman Sri Pulai
- Jalan Kemuliaan, Taman Universiti
- Jalan Emas 1, Taman Sri Skudai
- Jalan Layang 16, Taman Perling
- Perling Mall, Jalan Pesisiran Perling 1, Taman Perling
- Jalan Kebudayaan 16, Taman Universiti
- Jalan Perwira 19, Taman Ungku Tun Aminah
- Jalan Pi 11/1, Taman Pulai Indah
- Jalan Pulai Harmoni 1, Bandar Baru Kangkar Pulai
- Jalan Bayan, Pekan Masai
- Jalan Johar, Taman Desa Cemerlang
- Jalan Rambutan, Ulu Tiram
- Jalan Bunga Seroja, Plentong
- Jalan Badik 21, Taman Puteri Wangsa
- Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam
- Jalan Pinang 18 - Taman Daya
- Jalan Keris - Taman Sri Tebrau
- Jalan Balau 3 - Taman Rinting
- Jalan Permas 10 - Bandar Baru Permas Jaya (Depan Kawasan lapang Berdekatan McDonalds)
- Taman Anggerik - Jalan Anggerik 2/4
- Taman Bukit Mewah - Jalan Mewah Ria 2/1
- Kota Puteri - Jalan Bayan 26 (Berhampiran Sekolah)
- Kg Skudai Kiri - Berdekatan Masjid
- Taman Istimewa, Pandan
- Taman Cempaka - Persiaran Teratai
- Balairaya Ulu Pandan
- Medan Selera BBU - Bandar Baru Uda
- Bandar Baru Uda – Jln Padi Ria 43
- Jln Mata Kucing - Kg Pasir
- Taman Dahlia – Jln Persiaran Dahlia
- Taman Desa Harmoni – Tangki Air
- Taman Daya – Jln Nibong 17
- Taman Sri Setanggi - Tempat Letak Kereta
- Taman Adda Height – Jln Adda 3/1
- Kampung Melayu Majidee – Jln Sekolah
- Tmn Setia Tropika – Jln Setia Tropika 1/14
- Tmn Bayu Puteri, Bakar Batu – Jln Pantai (Hadapan Petronas)
- Tmn Bukit Kempas – Jln Arung
- Taman Johor Jaya – Jln Ros Merah 1/11
- Surau Jalan Ros Merah, Taman Johor Jaya 10
- Bazar Bandar Senai
- Bazar Taman Handal
- Bazar Taman Senai Utama
- Bazar Bandar Putra
- Bazar Taman Mas
- Bazar Taman Putri
- Bazar Taman Manis
MAHALNYA!
SEWA TAPAK BAZAR RAMADHAN DI MELAKA CECAH RM40 RIBU
]Melaka: “Tahun ini tapak bazar Ramadan terlalu mahal hingga mencecah RM40,000.” Itu reaksi peniaga yang pernah menyewa tapak perniagaan sempena Ramadan di negeri ini.
Difahamkan, keadaan itu berlaku
apabila ada pihak berjaya dalam cabutan mendapatkan tapak bazar dikatakan
menjualnya pula kepada peniaga lain yang gagal dalam cabutan bagi mengaut
untung atas angin dengan meletakkan harga terlalu tinggi hingga tidak masuk akal.
Peniaga, Laila Zuadi, 31,
berkata, dia dan kakaknya pernah mencuba nasib mendapatkan tapak bazar Ramadan
di Tesco Peringgit, tiga tahun lalu dan berjaya, namun ada pihak yang mendapat
tapak perniagaan sama menjualnya kepada individu lain bagi memperoleh untung
mudah.

“Memang ada pihak sanggup menjual tapak diperoleh kepada individu lain pada harga mencecah RM30,000. Itu tiga tahun lalu dan tahun ini, harga tawaran yang dibuka untuk cabutan saja sudah cukup tinggi.
“Biasanya peniaga keturunan Kemboja sanggup membeli tapak mahal kerana mereka tidak layak cabutan undi seperti peniaga tempatan,” katanya sambil mendakwa golongan itu sanggup membayar harga tinggi asalkan dapat berniaga di bazar Ramadan Jalan Hang Tuah, Tesco serta Jaya Jusco Peringgit.
Seorang lagi peniaga yang mahu dikenali sebagai Zetty, 27, berkata, harga tapak bazar ramadhan di Jalan Hang Tuah antara yang paling mahal dengan tapak bersaiz 400 kaki persegi ditawarkan penganjur pada harga RM11,000 manakala tapak seluas 324 kaki persegi di lokasi paling strategik pada harga RM11,200.
“Sebab itu di Jalan Hang Tuah pada akhirnya hanya peniaga Kemboja berniaga kerana mereka sanggup membeli tapak bazar Ramadan daripada individu yang berjaya dalam cabutan dengan harga cukup tinggi,” katanya
Sumber: Harian Metro
Subscribe to:
Posts (Atom)