:: What Is
Your Ramadhan? ::
What is your ramadhan? Sekadar bertahan
lapar? Sekadar datang terawih tapi beria-ria masa minggu pertama je? Atau pun
sekadar buang masa pusing-pusing satu bazaar ramadhan tu masa petang-petang, ke
sekadar tahan diri tak ‘on the phone’ dengan makwe or pakwe sebulan? Ramadhan
kali ni dah berapa hijrah da? Mulakan balik dengan muhasabah diri kita. Tanya
diri kita apa yang kita nak improve masa ramadhan ni? Bukan dok mengumpat
orang ke apa , asyik nampak salah orang tapi salah sendiri? Silap haribulan
kita puasa just dapat lapar dan dahaga je. Muhasabah diri, dosa kita, apa yang
kita dah buat. Maksiat yang berlaku terhadap diri dan orang lain.
Kekufuran kita terhadapa Ya Rabb , Sang
pencipta. Sebelum mengulas lebih lanjut sy terang psl kefuturan dulu, futur ni
macam masa iman kita turun kita jadi malas nak beribadah , tiba-tiba malas nak
buat dakwah. Setiap orang ada waktu futurnya cuma ianya berbalik pada diri kita
adakah kita nak terus jatuh atau pun cuba untuk bangkit semula dengan semanagat
baru? Ok, kita balik pada perbincangan asal, kita kenalah sempurnakan semua
amalan wajib kita sebagai seorang muslim. Sempurnakan yang wajib dlu jangan
masuk yang sunat lagi sebab macam mana la nak istiqamah yang sunat kalau yang
wajib pun tak perfect.
So , yang first and utama sekali solat
fardhu kita yang 5 waktu tu. Sebab apa? Sebab, solat kan tiang agama andai
solatnya terjaga maka insyaALLAH baiklah akhlaknya dan ini jelas ditulis
didalam surah al-Ankabut ayat 45 , 'sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan
keji dan mungkar.Dan ketahuilah mengingati Allah iatu dengan bersolat itu lebis
besar keutamaannya daripada ibadah yang lain '. Sebab tu la kita kena jaga
solat kita , kena cukup 5 waktu solat tu. Kadang-kadang ada yang puasa
tak tinggal tapi solat tak cukup. Macam mana tu? Ustaz saya pernah berkata ,
kesian pada anak-anak kecil yang disuruh berpuasa sehingga longlai oleh kedua
ibu bapanya. Sebab apa ? sebab kalau budak kecil ini diterapkan dulu tentang solat
dan diutamakan yang solat tu dulu automatik dia tak akan rasa terpaksa nak
puasa sebab, orang yang bersolat ni tahu wajibnya berpuasa. Sebab tu apa pun
yang kita nak improve dan muhasabah, check balik solat fardhu kita. Bila kita
ada masalah dengan sahabat or ada masalah lain, semak balik solat kita sebab
bila kita jauh dari Allah hubungan kita dengan manusia pun akan mula
renggang. Sebab tu solat 5 kena penuh sehari semalam. Dari solat lambat
tukar kepada solat yang on time. Dari solat yang asyik fikir benda yang
ta sepatutnya kepada solat yang hanya fikir Allah yang satu satunya hanya Allah
means kita kena khusuk dalam solat tu.
Langkah seterusnya, pasal Al-quran. Sebelum dan
selepas solat cuba baca dua muka surat al-quran. Jangan sekadar baca, baca
tafsir sekali and amalkan sebab Ulamak ada mengatakan , adapun JAUH dari
al-Quran ada 3 jenis iaitu ; tidak membaca Al-Quran , yang kedua membaca
Al-quran tapi tidak memahami isinya dan yang ketiga membaca al-quran, memahami
isinya tetapi tidak mengamalkannya. Tentulah kita tak nak tergolong antara yang
3 jenis ni kan , jadi cuba improve diri kita dan cuba sehabis baik dan all out
untuk beribadah masa bulan puasa ni.
Seterusnya menjaga hubungan sesame
manusia. Mula-mula sekali hubungan kita dengan ibu dan ayah. Jaga hati
diorang, tolong mana yang patut dan cuba jadi anak yang lebih baik. Kenapa kita
boleh baik dan jaga hati kawan kita tapi dengan ibu atau ayah bila disuruh
cikit dah melenting. Sibuk update pasal dakwah tapi bila dipanggil minta beli
barang atau jaga adik-adik melenting kononnya menganggu. Awak, kita kena tahu
dulukan ibu dan ayah dulu. Istighfar banyak-banyak memang kita kena banyak
upgrade diri. Allahu, bersihkan hati ni. Sebab bila hati terlalu kotor jadi
susah nak menangis menyesali dosa yang dibuat.
Luangkan masa dengan ibu dan ayah sebagai contoh, berbual sebelum waktu berbuka, berbuka sama-sama, terawih sama-sama, bangun qiam sama-sama. Untuk yang jauh dari keluarga , tanyalah khabar ibu dan ayah, telefon diorang jangan diorang yang telifon kita dulu. Then masyarakat sebagai contoh bertukar juadah puasa. Then, cuba jaga mulut tu sebab mulut ni suka sangat mengata kata orang. Apa yang kita dapat? Nanti puasa pahala habis macam tu je. Puasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi kawal mulut, mata, telinga dari perkara yang ta sepatutnya. Bulan ramadhan ni bulan yang sangat mulia jadi waktu ni kita nak improve diri jadi baik bukan jadi biasa-biasa sahaja.
Luangkan masa dengan ibu dan ayah sebagai contoh, berbual sebelum waktu berbuka, berbuka sama-sama, terawih sama-sama, bangun qiam sama-sama. Untuk yang jauh dari keluarga , tanyalah khabar ibu dan ayah, telefon diorang jangan diorang yang telifon kita dulu. Then masyarakat sebagai contoh bertukar juadah puasa. Then, cuba jaga mulut tu sebab mulut ni suka sangat mengata kata orang. Apa yang kita dapat? Nanti puasa pahala habis macam tu je. Puasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi kawal mulut, mata, telinga dari perkara yang ta sepatutnya. Bulan ramadhan ni bulan yang sangat mulia jadi waktu ni kita nak improve diri jadi baik bukan jadi biasa-biasa sahaja.
Lepas tu, buat la ibadah-ibadah sunat.
Asalkan tidak menganggu yang wajib. Sebagai contoh, bangun qiam tapi ta bangun
sahur atau subuh. Tak boleh macam ni, kita kena selari bab wajib dan sunat dan
patut sempurnakan yang wajib dahulu. Then, yang akhir sekali, istiqamah. Even
da habis ramadhan pun kita kekalkan amalan kita tu. Kita improve dan cuba
kekalkan istiqamah tu. Sebab tu niat kena betul macam kita hantar surat kalau
salah alamat , salah tempat bukan? Jadi , marilah sama-sama improve diri
kita. Puasa ni buat amalan banyak-banyak. J
pesanan buat kami juga.. >_<
No comments:
Post a Comment