U.M.M.I
Rasulullah engkaulah kekasih Allah. Kelahiranmu
disambut meriah. Seluruh kota Makkah menunggu kelahiranmu. Kelahiranmu amat
sempurna, dipermudahkan bondamu Siti Aminah ketika melahirkanmu. Lahirnya
dirimu wahai Rasulullah tidak langsung menangis seperti bayi-bayi yang lain. Di
hari kelahiranmu kota Makkah terselamat dari tentera bergajah apabila ALLAH
menghantar burung ababil menumpaskan musuh. Lahirmu baginda, membawa sinar pada
kota Makkah.
Sehingga saat ini kita masih menyambut kelahiran
baginda mengadakan perarakan maulidur rasul. Mengadakan malam cinta rasul.
Tetapi soalan yang harus ditanya pada diri kita sebelum menunding jari pada
yang lain apa kesan perarakan maulidur rasul pada kita. Sebelumnya hendak
diterangkan ini BUKAN KONSPIRASI tak nak bagi ikut perarakan. Perarakan
maulidur rasul disambut meriah mengajak semua berselawat kepada Rasulullah tapi
adakah semua itu hanya tahan pada masa perarakan itu sahaja.
Macam sunnah baginda membela janggut. Ramai yang tak
praktiskan ni. Wahai abam-abam kat luar sana, orang yang bela janggut tu
handsome tau! sebab ikut sunnah. TAPI, kena ingat jangan bela janggut je tapi
tidak meletakkan kebersihan yang utama. Rasulullah amat mementingkan kebersihan
diri tau. Yang tidak jaga tu serabut je nampak. Tidak trim. Rasulullah sangat
jaga kekemasan, dikemaskan janggutnya dan diletak minyak zaitun. Kening baginda
sekali diletak minyak zaitun. Cuba ikut cara baginda jaga kan elok. Sunnah
Rasulullah yang paling mudah masuk rumah ikut kaki kanan, masuk toilet ikut
kaki kiri, sikat rambut secara duduk. Semua ni makin dilupakan. Main redah je.
Ok, cukup pasal ni, berbalik pada soalan diatas.
Adakah kita makin dekat dengan mukjizat baginda iaitu al-Quran? Jikalau sebelum
ni sebulan sekali buka, ubah la seminggu sekali. Lepas tu, cuba la bukak
hari-hari. Dah hari-hari buka try la setiap lima waktu tu kita buka dan baca
tau. Lagi elok yang ada tafsir jadinya kita boleh faham. Dalam al-Quran tu
banyak kisah tauladan umat terdahulu yang boleh dijadikan iktibar, kisah-kisah
nabi. Kalau sehari boleh baca novel tebal tebal tak kan baca al-Quran dua muka
surat lepas solat pun tak larat? Jom berubah kepada yang lebih baik. Tak rugi
tau. Yang rugi tu kalau tak baca al-Quran tak ambil tauladan yang ada dalam
al-Quran. RUGI. Nanti sapa yang nak teman kita dalam kubur? Al-Quran lah yang
akan bagi cahaya masa kita dalam kubur nanti jadi sahabat kita.
Lepas tu, macam mana akhlak kita? Adakah bertambah baik.
Kalau sebelum ni kurang sabar didiklah diri menjadi orang yang sabar.
Rasulullah sangat sabar orangnya. Baginda dicaci, dibaling batu, dibaling najis
namun baginda masih sabar. Suatu hari apabila baginda menyampaikan dakwah
baginda dibaling najis dan batu oleh penduduk. Sehingga malaikat tidak tahan
melihatnya lalu meminta izin menghempapkan penduduk itu dengan gunung.
Namun Rasulullah menghalang dengan mengatakan mereka masih tidak
tahu kebenaran dan keindahan Islam, maafkan mereka. Lihat kesabaran baginda.
Dengan sikap sabar baginda juga seorang lelaki tua memeluk agama Islam. Kisah
baginda memberi makan pada orang tua yang mencacinya. Walau dicaci setiap hari
baginda menyuapkan makanan pada lelaki tua itu. Sehingga ketika kematian
baginda, Abu Bakar yang memberi makanan pada orang tua itu dan orang tua itu
berkata tidak sama caranya dan baginda memberi makanan. Abu Bakar berkata
dialah Rasulullah yang kamu hina itu. Kerana terpegun dengan
akhlak Rasulullah, orang tua itu memeluk Islam.
Bukankah akhlak yang baik andai kita tunjukkan pada
semua. Tunjukkan keindahan Islam pada semua pasti yang
bukan Islam akan jatuh hati pada keindahan Islam. Itu juga salah
satu cara berdakwah. Namun apa jadi pada akhlak anak muda sekarang.
Apa yang jadi pada kita? Wahai anak muda bangkitlah kamu. Sedarlah bumi makin
tua keaadan diluar makin tidak terkawal. Kita harus bangkit. Dan ini akan
berkaitan dengan entri seterusnya. U.M.M.I (umur muda masa ilmu). Nantikan ! :)
No comments:
Post a Comment