Thursday, July 2, 2015


U.M.M.I



Rasulullah engkaulah kekasih Allah. Kelahiranmu disambut meriah. Seluruh kota Makkah menunggu kelahiranmu. Kelahiranmu amat sempurna, dipermudahkan bondamu Siti Aminah ketika melahirkanmu. Lahirnya dirimu wahai Rasulullah tidak langsung menangis seperti bayi-bayi yang lain. Di hari kelahiranmu kota Makkah terselamat dari tentera bergajah apabila ALLAH menghantar burung ababil menumpaskan musuh. Lahirmu baginda, membawa sinar pada kota Makkah.

Sehingga saat ini kita masih menyambut kelahiran baginda mengadakan perarakan maulidur rasul. Mengadakan malam cinta rasul. Tetapi soalan yang harus ditanya pada diri kita sebelum menunding jari pada yang lain apa kesan perarakan maulidur rasul pada kita. Sebelumnya hendak diterangkan ini BUKAN KONSPIRASI tak nak bagi ikut perarakan. Perarakan maulidur rasul disambut meriah mengajak semua berselawat kepada Rasulullah tapi adakah semua itu hanya tahan pada masa perarakan itu sahaja. 

Macam sunnah baginda membela janggut. Ramai yang tak praktiskan ni. Wahai abam-abam kat luar sana, orang yang bela janggut tu handsome tau! sebab ikut sunnah. TAPI, kena ingat jangan bela janggut je tapi tidak meletakkan kebersihan yang utama. Rasulullah amat mementingkan kebersihan diri tau. Yang tidak jaga tu serabut je nampak. Tidak trim. Rasulullah sangat jaga kekemasan, dikemaskan janggutnya dan diletak minyak zaitun. Kening baginda sekali diletak minyak zaitun. Cuba ikut cara baginda jaga kan elok. Sunnah Rasulullah yang paling mudah masuk rumah ikut kaki kanan, masuk toilet ikut kaki kiri, sikat rambut secara duduk. Semua ni makin dilupakan. Main redah je.

Ok, cukup pasal ni, berbalik pada soalan diatas. Adakah kita makin dekat dengan mukjizat baginda iaitu al-Quran? Jikalau sebelum ni sebulan sekali buka, ubah la seminggu sekali. Lepas tu, cuba la bukak hari-hari. Dah hari-hari buka try la setiap lima waktu tu kita buka dan baca tau. Lagi elok yang ada tafsir jadinya kita boleh faham. Dalam al-Quran tu banyak kisah tauladan umat terdahulu yang boleh dijadikan iktibar, kisah-kisah nabi. Kalau sehari boleh baca novel tebal tebal tak kan baca al-Quran dua muka surat lepas solat pun tak larat? Jom berubah kepada yang lebih baik. Tak rugi tau. Yang rugi tu kalau tak baca al-Quran tak ambil tauladan yang ada dalam al-Quran. RUGI. Nanti sapa yang nak teman kita dalam kubur? Al-Quran lah yang akan bagi cahaya masa kita dalam kubur nanti jadi sahabat kita. 

Lepas tu, macam mana akhlak kita? Adakah bertambah baik. Kalau sebelum ni kurang sabar didiklah diri menjadi orang yang sabar. Rasulullah sangat sabar orangnya. Baginda dicaci, dibaling batu, dibaling najis namun baginda masih sabar. Suatu hari apabila baginda menyampaikan dakwah baginda dibaling najis dan batu oleh penduduk. Sehingga malaikat tidak tahan melihatnya lalu meminta izin menghempapkan penduduk itu dengan gunung. Namun Rasulullah menghalang dengan mengatakan mereka masih tidak tahu kebenaran dan keindahan Islam, maafkan mereka. Lihat kesabaran baginda. Dengan sikap sabar baginda juga seorang lelaki tua memeluk agama Islam. Kisah baginda memberi makan pada orang tua yang mencacinya. Walau dicaci setiap hari baginda menyuapkan makanan pada lelaki tua itu. Sehingga ketika kematian baginda, Abu Bakar yang memberi makanan pada orang tua itu dan orang tua itu berkata tidak sama caranya dan baginda memberi makanan. Abu Bakar berkata dialah Rasulullah yang kamu hina itu. Kerana terpegun dengan akhlak Rasulullah, orang tua itu memeluk Islam. 


Bukankah akhlak yang baik andai kita tunjukkan pada semua. Tunjukkan keindahan Islam pada semua pasti yang bukan Islam akan jatuh hati pada keindahan Islam. Itu juga salah satu cara berdakwah. Namun apa jadi pada akhlak anak muda sekarang. Apa yang jadi pada kita? Wahai anak muda bangkitlah kamu. Sedarlah bumi makin tua keaadan diluar makin tidak terkawal. Kita harus bangkit. Dan ini akan berkaitan dengan entri seterusnya. U.M.M.I (umur muda masa ilmu). Nantikan ! :)
LAILATUL QADAR??


          Malam
 lailatul qadar malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Fadhilat nya sangat besar. Malam yang dimana jika dikurniakan oleh Allah SWT kpd kita, pohonlah keampunan daripada Allah SWT sperti yang disuruh oleh Nabi SAW. Fasa kerahmatan dan fasa keampunan telah pun berlalu, kini fasa perlepasan daripada api neraka. Pecut whai muslim,pecut!. IKTIKAF di masjid, ZIKIR, baca ALQURAN, buat SOLAT2 SUNAT. Allahuakbar, moga Allah mengurniakan keampunanNya kepada kita. Rahmat Allah SWT sangat luas. Jika intan permata yang diidamkan, percayalah bahawa keampunan daripada Allah SWT itu berkali ganda lebih berharga. Lari ! Pecut ! Kejar semula apa yg sudah tertinggal !


          Ramadhan yang penuh barakah ini usah dibazir! Jika datangnya ramadhan kau menangis gembira, perginya pula kau akan menangis kesedihan. Allah Ar-Rahim, kasih sayang Allah kepada hambanya tersangatlah hebat! Nah! Peluang didepan mata, pohonlah, hajatkanlah apa yang engkau pinta kepada Allah nescaya Allah akan tunaikan, jika tidak tertunai, ingat lah bhwa Allah maha mengetahui, Allah telah aturkan, Dia telah simpankan untuk engkau apa yang lebih baik daripada yang engkau pinta. Allahu.. Ramadhan ini, bulan yang sememangnya menjadi hadiah buat umat Islam. Jangan leka lagi, kejar! Ambil seberapa banyak manfaat daripada bulan ramadhan yang telah dikurniakan ini wahai muslim sekalian.


          Ramadhan ini juga, telah dikhabarkan kepada muslim seluruhnya tentang keadaan saudara kita di gaza, syria dan ditempat lain yang ditindas oleh orang-orang kafir laknatullah. Sehubungan dengan itu, ramadhan bulan yang mulia, insyaaAllah bersama2 kita menguatkan hubungan silaturrahim, merapatkan saf-saf solat, dan mendoakan kebaikan saudara2 kita. Semoga mereka diberikan kemenangan dalam melawan tentera-tentera kafir laknatullah. Allahu.. malaysia juga diuji oleh Allah degan berita buruk tentang pesawat MH17. Mari lah kita yang masih dikurniakan Allah kesempatan untuk menghirup udara kepunyaanNya ini untuk menadah tangan, berdoa agar malaysia dikurniakn keamanan dan rakyatnya diberikan keampunan. Semoga Ramadhan ini menjadi titik tolak untuk kita merubah hidup kita kearah yang lebih baik dan akhirnya diampunkan oleh Allah SWT serta mendapat rahmat daripada kasih sayangNya.


:: What Is Your Ramadhan? ::
         What is your ramadhan? Sekadar bertahan lapar? Sekadar datang terawih tapi beria-ria masa minggu pertama je? Atau pun sekadar buang masa pusing-pusing satu bazaar ramadhan tu masa petang-petang, ke sekadar tahan diri tak ‘on the phone’ dengan makwe or pakwe sebulan? Ramadhan kali ni dah berapa hijrah da? Mulakan balik dengan muhasabah diri kita. Tanya diri kita apa yang kita nak improve masa ramadhan ni?  Bukan dok mengumpat orang ke apa , asyik nampak salah orang tapi salah sendiri? Silap haribulan kita puasa just dapat lapar dan dahaga je. Muhasabah diri, dosa kita, apa yang kita dah buat. Maksiat yang berlaku terhadap diri dan orang lain.

         Kekufuran kita terhadapa Ya Rabb , Sang pencipta. Sebelum mengulas lebih lanjut sy terang psl kefuturan dulu, futur ni macam masa iman kita turun kita jadi malas nak beribadah , tiba-tiba malas nak buat dakwah. Setiap orang ada waktu futurnya cuma ianya berbalik pada diri kita adakah kita nak terus jatuh atau pun cuba untuk bangkit semula dengan semanagat baru? Ok, kita balik pada perbincangan asal, kita kenalah sempurnakan semua amalan wajib kita sebagai seorang muslim. Sempurnakan yang wajib dlu jangan masuk yang sunat lagi sebab macam mana la nak istiqamah yang sunat kalau yang wajib pun tak perfect.
  
         So , yang first and utama sekali solat fardhu kita yang 5 waktu tu. Sebab apa? Sebab, solat kan tiang agama andai solatnya terjaga maka insyaALLAH baiklah akhlaknya dan ini jelas ditulis didalam surah al-Ankabut ayat 45 , 'sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.Dan ketahuilah mengingati Allah iatu dengan bersolat itu lebis besar keutamaannya daripada ibadah yang lain '. Sebab tu la kita kena jaga solat kita , kena cukup 5 waktu solat tu. Kadang-kadang  ada yang puasa tak tinggal tapi solat tak cukup. Macam mana tu? Ustaz saya pernah berkata , kesian pada anak-anak kecil yang disuruh berpuasa sehingga longlai oleh kedua ibu bapanya. Sebab apa ? sebab kalau budak kecil ini diterapkan dulu tentang solat dan diutamakan yang solat tu dulu automatik dia tak akan rasa terpaksa nak puasa sebab, orang yang bersolat ni tahu wajibnya berpuasa. Sebab tu apa pun yang kita nak improve dan muhasabah, check balik solat fardhu kita. Bila kita ada masalah dengan sahabat or ada masalah lain, semak balik solat kita sebab bila kita jauh dari Allah hubungan kita dengan manusia pun akan mula renggang.  Sebab tu solat 5 kena penuh sehari semalam. Dari solat lambat tukar kepada solat yang on time.  Dari solat yang asyik fikir benda yang ta sepatutnya kepada solat yang hanya fikir Allah yang satu satunya hanya Allah means kita kena khusuk dalam solat tu.

        Langkah seterusnya, pasal Al-quran. Sebelum dan selepas solat cuba baca dua muka surat al-quran. Jangan sekadar baca, baca tafsir sekali and amalkan sebab Ulamak ada mengatakan , adapun JAUH dari al-Quran ada 3 jenis iaitu ; tidak membaca Al-Quran , yang kedua membaca Al-quran tapi tidak memahami isinya dan yang ketiga membaca al-quran, memahami isinya tetapi tidak mengamalkannya. Tentulah kita tak nak tergolong antara yang 3 jenis ni kan , jadi cuba improve diri kita dan cuba sehabis baik dan all out untuk beribadah masa bulan puasa ni.

         Seterusnya menjaga hubungan sesame manusia. Mula-mula sekali hubungan kita dengan ibu dan ayah.  Jaga hati diorang, tolong mana yang patut dan cuba jadi anak yang lebih baik. Kenapa kita boleh baik dan jaga hati kawan kita tapi dengan ibu atau ayah bila disuruh cikit dah melenting. Sibuk update pasal dakwah tapi bila dipanggil minta beli barang atau jaga adik-adik melenting kononnya menganggu. Awak, kita kena tahu dulukan ibu dan ayah dulu. Istighfar banyak-banyak memang kita kena banyak upgrade diri. Allahu, bersihkan hati ni. Sebab bila hati terlalu kotor jadi susah nak menangis menyesali dosa yang dibuat.  
Luangkan masa dengan ibu dan ayah sebagai contoh, berbual sebelum waktu berbuka, berbuka sama-sama, terawih sama-sama, bangun qiam sama-sama. Untuk yang jauh dari keluarga , tanyalah khabar ibu dan ayah, telefon diorang jangan diorang yang telifon kita dulu. Then masyarakat sebagai contoh bertukar juadah puasa. Then, cuba jaga mulut tu sebab mulut ni suka sangat mengata kata orang. Apa yang kita dapat? Nanti puasa pahala habis macam tu je. Puasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi kawal mulut, mata, telinga dari perkara yang ta sepatutnya. Bulan ramadhan ni bulan yang sangat mulia jadi waktu ni kita nak improve diri jadi baik bukan jadi biasa-biasa sahaja.


          Lepas tu, buat la ibadah-ibadah sunat. Asalkan tidak menganggu yang wajib. Sebagai contoh, bangun qiam tapi ta bangun sahur atau subuh. Tak boleh macam ni, kita kena selari bab wajib dan sunat dan patut sempurnakan yang wajib dahulu. Then, yang akhir sekali, istiqamah. Even da habis ramadhan pun kita kekalkan amalan kita tu. Kita improve dan cuba kekalkan istiqamah tu. Sebab tu niat kena betul macam kita hantar surat kalau salah alamat , salah tempat bukan?  Jadi , marilah sama-sama improve diri kita. Puasa ni buat amalan banyak-banyak. J


pesanan buat kami juga.. >_<



Apa itu tarbiyyah?

Tarbiyyah ialah satu proses dimana kita mendidik diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik. Tarbiyyah itu sendiri amat penting kerana jika tiada pentarbiyyahan yang berlaku dalam diri seseorang maka tidak lengkaplah DnT kita (Dakwah & Tarbiyyah). Dakwah dan tarbbiyyah adalah satu jadi jika kita hanya berdakwah dan tarbiyyah ditinggal maka akan ada kurangnya. Sebelum ini ada topik usrah dimana ianya merupakan salah satu cara untuk mentarbiyyah diri. Pentarbiyyahan diri merupakan satu langkah yang awal sebelum kita melangkah ke tangga yang seterusnya iaitu dakwah. 

Tarbiyyah merupakan titik permulaan dimana kita harus mendidik diri kita untuk menjadi lebih kuat dari segi jasmani dan rohani. Murabbi saya pernah berkata jika anda melakukan dakwah dan meninggalkan tarbiyyah, dakwah anda akan ada yang kurang. Kerana apa? Kerana anda kadang-kadang tidak boleh memahami dan mendalamai hati sseorang yang ingin didakwah ataupun cara dakwah kamu tu akan menyinggung hati yang lain. Sebab itu tarbiyyah ini amat penting untuk mendidik diri sabar tenang dan kita secara tidak langsung dekat dengan ALLAH . 

Namun sekarang ramai yang melupakan tangga terawal sebelum dakwah iaitu tarbiyyah. Tarbiyyah ini merupakan salah satu langkah pertama sebelum pembentukan Negara Muslim. Dimana tangga yang pertama adalah pendidikan dari individu terlebih dahulu dan ini adalah dimana tarbiyyah pada diri mula diterapkan. 

Cuba la kita fikir kenapa tarbiyyah tu kadang-kadang orang tidak ambil peduli? Pertamanya sebab tiadanya pencerahan tentang kepentingan tarbiyyah ini. Tarbiyyah semakin ditinggal kerana kita sendiri sebagai manusia tidak jelas akan sasaran dan tujuan kita sehingga lupa akan pentarbiyyahan atau didikan yang membina diri menjadi seorang muslim yang mantap rohani dan jasmaninya. Kita menjadi lupa akan tujuan kita ada dekat dunia ni. Ingat dunia adalah tempat untuk kita menanam dan hasilnya dituai diakhirat sana. Andai tarbiyyah dilupakan maka diri akan hanyut dengan dunia. Sibuk mencari rezeki sehingga lupa atau gagal mentarbiyyah diri. 

Bukan itu sahaja ada segelintir mentah-mentah menolak tarbiyyah ini kerana mereka salah faham dengan tarbiyyah itu sendiri. Kerana ada yang fikir tarbiyyah ini memutuskan hubungannya sesama manusia. Salah tu. Bukankah kita sebagai muslim perlu menjaga hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah? Jadi salah bukan tanggapan tu? Ada juga yang fikir buat ibadat wajib dah cukup tak perlu ibadat yang tak wajib. Allahu. Sedangkan Rasulullah pun beribadat siang malam. Buat tahajud even Allah dah janjikan syurga tapi kita? Fikirlah. 

Kemudian terlalu banyak berangan. Berangan apa? Umur tu masih panjang. Wahai sahabat, benda yang paling dekat dengan kita adalah maut. Jadi masih boleh fikir yang kita panjang lagi umurnya? Ajal maut kita tak tahu bukan? Jadi jangan tunggu hingga ke tua, masa muda remaja ni la kena tambah banyak ilmu kena mantapkan diri dengan tarbiyyah.

So, macam mana nak terapkan tarbiyyah dalam diri? 

Mula-mula kena selalu muhasabah diri. Sebelum tidur kita ambil 5 minit atau lebih fikir sejenak apa yang kita dah buat sehari tu. Bila ada salah yang dibuat kita berazam untuk memperbaiki dan jadikan hari esok lebih baik.

Lepas tu kena selalu bertaubat pada Allah untuk menyucikan diri dan hati. Kalau kita dah lama tak menangis sebab muhasabah diri teringat dosa-dosa kita itu dah bahaya. Takut kita makin jauh dengan Allah dan kufur nikmat.

Kemudian carilah ilmu dan carilah guru yang boleh bantu kita. Dalam entri sebelum ni ada sebut pasal usrah. Usrah pun salah satu cara tarbiyyah diri. Ilmu perlu dicari semakin kita gali semakin kita rasa banyak yang perlu kita belajar. Kena rajin pergi majlis ilmu, baca buku ilmiah, rajin baca tafsir. Zaman serba moden tak ada alasan tiada masa. Sebab sekarang dalam phone pun ada al-Quran, boleh cari ceramah dalam Youtube. Dalam mencari ilmu kena ikhlas kalau tidak risau tak melekat dalam hati dan tidak meresap akhirnya tidak dapat diaplikasi pada akhlak kita.

Kemudian buat amalan-amalan yang menambahkan keimanan kita. Sentiasa baca al-Quran, berdzikir, atau buat solat Tahajjud. Kalau tak mampu Tahajjud sebab susah bangun, buat la solat Dhuha. Perlahan-perlahan, buat satu-satu, insyaAllah lama-lama biasa dan sebati dalam jiwa. InsyaAllah. 

Ingat tarbiyyah itu penting untuk mendidik diri kita. Tanpa tarbiyyah, kita akan jadi seperti tin kosong. 

Pesanan ni buat penulis juga. 


RAMADHAN O RAMADHAN


Saya nampak iklan ramadhan di tv. Di radio. Di pusat beli belah. Dimana-mana saya pergi. Baru saya terasa yang ramadhan sebenarnya memang dah dekat sangat. Lagi terasa bila teringat saya ditanya teman baik saya baru-baru ni,

“Apa target ramadhan awak kali ni?”

“Khatam al-Quran kah? Solat tarawih full kah? Sedekah tiap hari kah?”

Saya diam sahaja. Dan hampir sahaja saya menangis. Terima kasih sebab tanya. Saya ada. Tapi itulah. Entah kuat entah tidak saya nak buat. Celakalah saya jika saya keluar dari bulan ramadhan nanti tapi tak lansung dosa saya terampunkan walaupun sedikit.

Kalau betul awak puasa sebab semata katanya hendak merasa macam mana laparnya orang miskin, kalau macam tu patutnya orang kaya sahaja yang puasa.

Kalau puasa demi hendak kurus sahaja ,sepatutya orang gemuk sahajalah yang puasa.

Jadi macam mana? Apa tujuan puasa ramadhan awak pula?

Tujuan puasa kita semua sepatutnya sama.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ         
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)

Di sini saya akan dikongsikan tips khatam Al-Quran dalam sebulan Ramadhan
Rumusnya:

30 juzuk = 30 hari maka 1 juzuk = 1 hari

Jadi,secara ringkasnya baca 4 muka surat Quran setiap kali selepas solat fardhu & kita mampu khatam sekali dalam Ramadhan!:)

Mari kita susun mengikut tarikh supaya lebih jelas dan dapat dijadualkan bacaan agar lebih sistematik. Dibawah ini disusun tarikh dan surah berserta ayatnya. Bagi surah surah yang tidak disertakan nombor ayatnya,itu untuk dibaca penuh satu surah.

1 Ramadhan : Al Fatihah + Al Baqarah 1-141

2 Ramadhan : Al Baqarah 142-252

3 Ramadhan : Al Baqarah 253-286 + Ali 'Imran 1-92

4 Ramadhan : Ali 'Imran 93-200 + An Nisa' 1-23

5 Ramadhan : An Nisa' 24-147

6 Ramadhan : An Nisa' 148-176 + Al Ma'idah 1-81

7 Ramadhan : Al Ma'idah 82-120 + Al An'am 1-110

8 Ramadhan : Al An'am 111-165 + Al 'Araf 1-87

9 Ramadhan : Al 'Araf 88-206 + Al Anfal 1-40

10 Ramadhan: Al Anfal 41-75 + At Tawbah 1-92

11 Ramadhan: At Tawbah 93-129 + Yunus 1-109

12 Ramadhan: Hud + Yusuf 1-50

13 Ramadhan: Yusuf 51-111 + Ar Ra'd + Ibrahim

14 Ramadhan: Al Hijr + An Nahl

15 Ramadhan: Al Isra' + Al Kahfi 1-74

16 Ramadhan: Al Kahfi 75-110 + Maryam + Taha

17 Ramadhan: Al Anbiya' + Al Hajj

18 Ramadhan: Al Mu'minun + An Nur + Al Furqan 1-20

19 Ramadhan: Al Furqan 21-77 + As Syu'ara' + An Naml 1-52

20 Ramadhan: An Naml 53-93 + Al Qasas + Al Ankabut 1-45

21 Ramadhan: Al Ankabut 46-69 + Ar Rum + Luqman + As Sajadah + Al Ahzab 1-30

22 Ramadhan: Al Ahzab 31-73 + Saba' + Fatir + Yaasin 1-27

23 Ramadhan: Yaasin 28-83 + As Saffat + Sad + Az Zumar 1-31

24 Ramadhan: Az Zumar 32-75 + Ghafir + Fussilat

25 Ramadhan: As Syura + Al Zukhruf + Ad Dukhan + Al Jathiyat

26 Ramadhan: Al Ahqaf + Muhammad + Al-Fath + Al Hujurat + Qaf + Ad Dhariyat 1-24

27 Ramadhan: Ad Dhariyat 25-60 + 6 surah dari At Tur sehingga Al Hadid

28 Ramadhan: 9 Surah dari Al Mujadalah sehingga At Tahrim

29 Ramadhan: 11 Surah dari Al Mulk sehingga Al Mursalat

30 Ramadhan: Juz Amma dari An Naba' sehingga An Naas

Mari ertikan dan maknakan Ramadhan kali ni dengan perkara yang lebih berfaedah. Selamat meng'upgrade' iman dan 'speed up' amal di bulan Ramadhan kali ni.CC