Tuesday, October 6, 2015



Apa yang tidak kena dengan TPPA?
Apa yang menimbulkan persoalan tentang TPPA adalah semua perbincangan dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian itu dimeterai.

Tentangan terhadap TPPA
Selain dari Malaysia, TPPA juga mendapat tentangan hebat dari rakyat negara yang terlibat termasuklah Amerika sekalipun. Di internet banyak laman web yang diwujudkan bertujuan menceritakan keburukan TPPA. Lihat sahaja gambar-gambar perhimpunan yang membantah TPPA di laman Google images.

Apa kebaikan TPPA
TPPA membolehkan produk/servis dari Malaysia menembusi pasaran negara ahli dengan lebih mudah. Dengan bahasa mudah, skop perniagaan para peniaga akan menjadi lebih luas.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Mustapha Mohamed, hasil rundingan dengan semua pihak, duti import bagi hampir semua produk akan dihapuskan dibawah TPPA.

"Pada dasarnya, hasilnya akan menyediakan peluang akses pasaran yang lebih besar bagi syarikat-syarikat Malaysia, terutamanya di pasaran seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru yang mana Malaysia tidak mempunyai FTA.

"Pengeksport Malaysia akan mendapat kelebihan daya saing berbanding pesaing serantau dalam mengeksport produk dari sektor elektrik dan elektronik, bahan kimia, barangan minyak sawit, keluaran getah, barangan kayu, tekstil, dan juga bahagian dan komponen automotif.

"Semua ini merupakan eksport utama bagi Malaysia dan menjana sejumlah besar pendapatan bagi ekonomi negara dan mengambil ribuan rakyat Malaysia sebagai pekerja,"katanya memetik laporan mStar Online.

Selain itu beliau juga turut menegaskan isu sensitiviti di Malaysia turut diambil kira dalam perjanjian itu termasuklah isu bumiputera.



Apa itu TPPA
TPPA adalah singkatan bagi Trans-Pacific Partnership Agreement, satu perjanjian yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan melibatkan 11 negara lain termasuk Malaysia.
Negara Terlibat
Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat. Perlu ditekankan, China tidak termasuk dalam perjanjian ini.
Apa tujuan TPPA
TPPA membolehkan setiap negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli lain. Ini bermakna TPPA akan mengurankan halangan perdagangan dan mewujudkan satu standard yang sama kepada 12 negara yang terlibat.