Thursday, June 25, 2015





APA PERBEZAAN ZAKAT, SEDEKAH DAN CUKAI PENDAPATAN ?


  • Zakat ialah mengeluarkan harta menurut tuntutan syarak wajib diberikan kepada golongan tertentu yang berhak menerimanya.

  • Sedekah bermaksud bantuan kepada orang fakir dan miskin dalam bentuk harta dan perkhidmatan.

  • Cukai pendapatan pula ialah bayaran yang dikenakan oleh kerajaan kepada individu bekerja, syarikat dan perbadakan untuk perbelanjaan Negara.
SYARAT-SYARAT ZAKAT









  • Harta Yang Dimiliki Secara Sepenuhnya. 
  • Yang dimaksudkan dengan pemilikan ialah hak monopoli yang diperoleh atas harta melalui cara yang dihalalkan oleh syarak. Manakala pemilikan penuh pula bererti pemilikan keatas kedua-dua unsur harta itu, iaitulah “benda” dan “manfaat”. Dengan kata lain, harta berkenaan berada ditangan tuan punya yang berkenaan, tidak tertakluk kepada hak orang lain. Ini bererti zakat tidak diwajibkan keatas harta awam, seperti harta kerajaan kerana ia adalah milik semua orang dan tiada siapa berhak mengurusnya atas nama peribadi. Begitu juga zakat tidak dikenakan keatas harta wakaf am
  • Harta Yang Subur

  • Harta yang dikenakan itu perlu bersifat subur, iaitu ia boleh ditafsirkan sebagai mampu melahirkan keuntungan atau keuntungan itu sendiri. Kesuburan juga terbahagi kepada dua iaitu kesuburan yang hakiki dan tidak hakiki. Kesuburan yang hakiki berlaku dengan cara mengalami pertambahan seperti disebabkan oleh kelahiran anak binatang ternakan atau oleh keuntungan perniagaan. Manakala pertambahan tidak hakiki pula ialah kemampuan dan potensi yang ada pada harta itu sendiri untuk berkembang sama ada berada di tangan tuan punya sendiri atau di tangan orang lain. Hal ini dapat jelas dapat di lihat pada harta-harta yang di sebut oleh Rasulullah s.a.w yang dikenakan zakat semuanya bersifat subur. Antaranya ialah binatang ternakan yang dipelihara bagi tujuan mendapatkan hasil, emas, perak, dan wang ringgit yang diperniagakan atau disimpan, hasil tanaman, harta karun serta hasil perlombongan yang diusahakan dan sebagainya. Begitu juga harta benda yang tidak dikenakan zakat semuanya bersifat tidak subur. Contohnya seperti kuda yang digunakan untuk tunggangan, barang perhiasan wanita dalam kadar yang biasa dan sebagainya.

  • Cukup Nisab
    Secara umumnya, nisab bererti kadar tertentu. Ini bererti, apa sahaja harta tidak dikenakan zakat kecuali sesudah mencapai kadar jumlah yang tertentu yang distilahkan sebgai nisab. Rasullah s.a.w dalam hadithnya menjelaskan dengan terperinci bagi setiap harta yang di kenakan zakatcontohnya ialah sabda Rasulullah yang bermaksud:“ tidak wajib zakat pada emas yang kurang daripada 20 mithqal dan perak yang kurang dari 200 dirham.”(riwayat Abu U’baid)Zakat hanya akan dipungut daripada harta seseorang itu sekiranya ia memiliki sejumlah harta yang cukup bagi keperluan hidup asasi bagi dirinya sendiri dan bagi mereka yang dibawah tanggungannya. Dengan memiliki kadar harta sebanyak itu, barulah ia dianggap sebagai berada dan berkewajipan membantu mereka yang tidak berada.
  • Melebihi Keperluan Asasi. 
  • Bebas dari Hutang
    Sebelum jumlah zakat yang perlu dibayar ditentukan, tanggungan hutang pemilik berkenaan perlu ditolak terlebih dahulu daripada jumlah besar harta yang perlu dikenakan zakat itu. Sekiranya selepas penolakan dibuat, bakinya masih mencapai kadar nisab, zakat akan diambil daripada jumlah berkenaan.

  • Cukup Tempoh atau Haul
    Syarat ini hanya terpakai pada harta yang bersifat modal sahaja dan tidak pada harta-harta yang bersifat pendapatan. Antara harta yang bersifat modal dan tertakluk kepada syarat ini ialah binatang ternakan, wang dan barang dagangan. Harta yang bersifat pendapatan dan tidak tertakluk pada syarat ini ialah hasil tanaman, hasil galian, harta karun dan sebagainya.
PERANAN ZAKAT








Selain sifatnya sebagai ibadat dalam islam, zakat juga mempunyai objektif kemanusiaan yang nyata. Ia meliputi aspek-aspek kerohanian dan kebendaan yang merangkumi individu dan masyarakat sekaligus. Dalam aspek kebendaan, zakat secara jelas dapat dilihat sebagai salah satu sumber kewangan Negara yang bertujuan khusus untuk membantu orang-orang yang lemah dan memerlukan. Dari segi ini, ia boleh dikatakan tidak berbeza dengan cukai yang dipungut oleh mana-mana Negara daripada rakyatnya. Dalam aspek kerohanian pula, zakat dapat mempertingkatkan nilai hidup berbagai-bagai pihak termasuk pemberi, penerima dan masyarakat umum juga. Malah zakat juga dapat mempertingkatkan nilai harta kepunyaan orang yang mengeluarkan zakat itu. Secara ringkasnya ia boleh dirumuskan seperti berikut:
  • Mempertingkatkan nilai hidup pemberi
  • Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “ Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk)….(surah al-Taubah 19: 103). Penyucian yang dimaksudkan dalam ayat tersebut boleh berlaku dalam berbagai-bagai cara dan aspek. Salah satu daripanya ialah menyucikan pemberi zakat daripada sifat kedekut yang sangat dibenci oleh islam. Oleh itu, dengan memberi zakat perasaan kedekut ini dapat dikikis dari semasa ke semasa dan dapat melatih seseorang berbelanja dengan betul. Selain itu, pengeluar zakat juga dapat merasai kemanisan berbelanja pada jalan Allah dan keselesaan melepaskan diri daripada cengkaman perhambaan diri terhadap harta benda. Zakat juga boleh mengubah rasa kasih sayang seorang penerima zakat terhadap pemberi zakat.
  • membersihkan dan menyuburkan harta

  • Dalam mencari harta kekayaan, kadang-kadang secara tidak sedar telah berlaku pencerobohan terhadap hak orang lain. Hal ini menyebabkan harta yang dikumpul telah dicemari oleh hak orang lain. Maka, bagi menyucikan kecemaran tersebut zakat perlulah dikeluarkan. Selain itu, zakat juga boleh memperkembangkan harta berkenaan dan menambah keberkatannya. Meskipun pada lahirnya harta bekenaan akan mengalami kekurangan akibat pengeluaran zakat, pada hakikatnya ia akan mempertingkatkan kegiatan ekonomi masyarakat dan mungkin juga akan memberi pulangan yang lebih kepada pengeluar sendiri sebagaimana firman Allah yang bermaksud :“ Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya). dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, Maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezki yang sebaik-baiknya.”(surah Saba’ : 39)
  • membantu pihak yang memerlukan.
  • Ini jelas dapat dilihat daripada senarai golongan yang layak menerima zakat yang terdiri daripada fakir miskin, hamba abdi yang berusaha untuk membebaskan diri, mereka yang dihimpit beban hutang, mereka yang keputusan belanja dalam perjalanan dan sebagainya. Pemberian zakat kepada golongan yang memerlukan ini akan dapat menampung keperluan hidup mereka dan mereka tidak akan merasa tersisih daripada masyarakat serta tidak menyimpan perasaan dengki kepada pemilik harta.
  • Memperkukuhkan Jaminan Sosial

  • Pemberian zakat kepada fakir miskin dan pihak-pihak yang memerlukan bukan sahaja memberi kesan kepada mereka secara individu tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhannya. Bantuan yang diberikan ini, bukan sahaja boleh melegakan seseorang itu secara peribadi tetapi boleh menjadikannya lebih aktif dan masyarakat mendapat faedah daripada aktivitinya itu. Hal ini boleh disifatkan sebagai jaminan keatas semua pihak yang memerlukan sama ada dari segi fizikal, mental ataupun moral. 

JENIS ZAKAT HARTA








Antara harta-harta yang dikenakan zakat ialah:
  • Binatang ternakan iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dab unta.

  • Hasil pertanian, iaitu buah-buahan dan bijirin seperti padi, gandum, tamar, dan barli (makanan asasi sesebuah Negara)

  • Emas dan perak

  • Harta perniagaan,seperti kedai runcit, industri kecil, kenderaan, hartanah

  • Galian harta rikaz iaitu harta karun yang dijumpai dalam tanah.

  • Zakat Pendapatan

  • Zakat wang simpanan

  • Zakat saham





Pengertian zakat

Dalam bahasa Arab, “zakat” secara umumnya bererti pertambahan. Berdasarkan pengertian umum ini, zakat pada bahasa bererti suci dan subur.
  • Maksud suci ialah menyucikan hati pemilik harta dari segala sikap tamak, kedekut, dan tidak mempunyai perasaan belas kasihan kepada orang miskin.
  • Maksud subur ialah mempererat dan menyuburkan ikatan persaudaraan sesama orang islam, terutamanya golangan kaya dengan golongan miskin. Harta juga akan terus membiak dan semakin bertambah dari semasa ke samasa.
Zakat pada istilah syarak pula bermaksud mengeluarkan harta tertentu mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak, dengan kadar tertentu dan diberikan kepada golongan yang tertentu.


Antara dalil wajib mengeluarkan zakat yang terdapat didalam al-quran dan hadith ialah :
  • firman Allah yang bermaksud : “ Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk)…. 
     (surah al-Taubah 19: 103)
  • Firman Allah : Maksudnya: "Dan dirikanlah shalat olehmu semua dan berikanlah zakat."
(al-Baqarah: 43) 


  • hadith rasulullah s.a.w yang bermaksud :- Ibn Abbas berkata : “ Rasulullah menyuruh kita bersembahyang, membayar zakat, menjaga hubungan silaturrahim dan menjaga kesucian diri.”

(hadith riwayat al-Bukhari)



Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2015 Setiap Negeri Di Malaysia

Zakat Fitrah 2015 bagi negeri Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor, Kedah dan Terengganu.

Negeri
Tahun 2015 (RM)(Terkini)
Tahun 2014 (RM)
Perlis
6.50
6.50
Kedah
7.00
7.00
Pulau Pinang
7.00
7.00
Perak
7.00
7.00
Selangor
7.00
7.00
Negeri Sembilan
6.50
6.50
Melaka
6.70
6.70
Johor
5.00/8.00*
5.00/8.00
Pahang
7.00
7.00
Terengganu
7.40 / 6.80 / 4.60*
7.60/7.00/4.50*
Kelantan
7.00
7.00
Sarawak
6.50
7.00
Sabah
7.00
7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan
7.00
7.00

Rasmi: Kadar Bayaran Zakat 2015 bagi setiap negeri telah diumumkan.

Syarat-syarat Bagi Wajib Membayar Zakat Fitrah

  • Orang Islam- Zakat hanya diwajibkan kepada orang-orang Islam sahaja.
  • Mereka Yang Mempunyai Harta Yang Sempurna Milik- Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
  • Harta tersebut telah cukup Nisab- Maksud Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas)
  • Cukup Haul- Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi


Panduan Cara Membayar Zakat Fitrah

  • Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
  • Bayaran zakaat juga boleh dibuat menerusi kaunter/booth bayaran Zakat di pusat membeli belah.


Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah


  • Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  • Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  • Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan bantuan Hari Raya berjumlah RM251,200 kepada 616 orang asnaf fakir, miskin, mualaf dan anak yatim dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Negeri di sini hari ini.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM237,000 diagihkan kepada 474 orang asnaf fakir, miskin dan mualaf dengan masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM500 seorang.  Manakala RM14,200 pula diserahkan kepada 142 orang anak yatim dengan sumbangan sebanyak RM100 seorang.
Pada tahun ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan sebanyak RM30,778,900 bantuan zakat kepada 41,568 keluarga asnaf fakir dan miskin di seluruh Selangor bersempena dengan Ramadan dan Syawal pada tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 11,400 keluarga asnaf fakir menerima bantuan zakat berjumlah RM8,632,700. Manakala 30,168 keluarga asnaf miskin menerima bantuan zakat berjumlah RM22,146,200. Setiap keluarga akan menerima bantuan zakat di antara RM550 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan.



Relevankah peranan institusi zakat kepada OKU? – Ram Al Jaffri Saad

Pendedahan mengenai isu seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU), adik Muhammad Firdaus Dullah oleh media massa mendapat perhatian ramai. Ia menzahirkan rasa marah, geram dan keliru masyarakat dengan apa yang terjadi.
Sebelum ini kita mungkin sudah biasa dengan pendedahan kes penderaan kanak-kanak, namun kali ini ia agak berbeza. Kes ini agak unik memandangkan ia melibatkan ibu dan anak kandung. Sudah puas penulis cuba bersangka baik dalam hal ini namun akhirnya setelah pendedahan demi pendedahan dilakukan, perasaan itu tidak mampu dipertahankan lagi.
Setelah pendedahan ini dilakukan, ramai pihak cuba menuding jari kepada agensi dan badan tertentu tentang peranan mereka untuk membela golongan teraniaya ini. Pihak seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan institusi zakat merupakan antara yang mendapat kritikan hebat.
Namun, selang beberapa hari selepas peranan JKM diperlekehkan, muncul wakilnya yang bertindak mempertahankan agensi mereka. Setidak-tidaknya masyarakat digesa hadir sendiri ke pejabat JKM bagi mengetahui aktiviti yang mereka lakukan.
Anehnya, sepanjang pembacaan penulis, tiada seorang pun wakil daripada institusi zakat di seluruh negara bangun mempertahankan institusi mereka. Ini menyebabkan masyarakat tertanya-tanya apakah peranan institusi zakat dalam hal ini.
Antara persoalan yang timbul, adakah benar institusi zakat gagal memainkan peranan mereka? Adakah benar dakwaan mengenai pegawai zakat hanya berpeluk tubuh duduk di kerusi empuk pejabat yang dilengkapi hawa dingin tanpa turun padang mencari asnaf untuk dibantu?
Penulis percaya dan yakin banyak kejayaan dicapai oleh institusi zakat. Masyarakat tidak boleh menafikan hal ini. Dengan kutipan yang mencecah lebih RM1 bilion setiap tahun, tentu banyak manfaat diperolehi golongan asnaf yang memerlukan.
Berjuta-juta ringgit diberikan melalui program yang dilaksanakan dalam membantu golongan asnaf. Bentuk agihan juga ditransformasi dalam memastikan bantuan yang diberikan mampu mengubah taraf hidup asnaf. Mudah-mudahan suatu hari nanti mereka akan keluar daripada menjadi asnaf zakat kepada menjadi pembayar zakat.
Dakwaan pegawai zakat tidak turun padang adalah sesuatu yang silap. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman penulis bersama rakan di beberapa institusi zakat, penulis berani mengatakan mereka sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk masyarakat. Banyak program turun padang yang dilakukan.
Sebagai contoh, Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) pernah menganjurkan program konvoi kembara zakat bagi memberikan bantuan secara terus kepada asnaf dengan membuat kunjungan ke rumah mereka. Antara bentuk bantuan yang diberikan adalah bantuan perubatan, barang keperluan harian, kerusi roda serta katil untuk kegunaan asnaf yang memerlukan. Konvoi tersebut bukan sahaja disertai oleh pusat zakat malah turut bersama-sama mereka adalah baitulmal negeri dan pusat kaunseling.
Selain itu, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Pusat Zakat Negeri-Negeri mengadakan Konvoi Kembara Zakat Kebangsaan di seluruh negara pada tahun lepas. Antara institusi zakat yang mengambil bahagian ialah Lembaga Zakat Selangor (LZS), Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Pusat Zakat Melaka dan Majlis Agama Islam Johor.
Penganjuran konvoi tersebut bertujuan menghebahkan aktiviti agihan zakat kepada masyarakat. Dengan itu, ukhuwah antara institusi zakat dan para asnaf zakat juga dapat dipupuk dan diperkukuhkan.
Penulis juga mengkagumi usaha pegawai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang sanggup mengayuh basikal mengelilingi seluruh negeri bagi menyalurkan bantuan zakat.
Dalam program kayuhan basikal tersebut, pegawai zakat membawa bantuan bersama-sama mereka dan terus memberikan bantuan tersebut apabila mereka bertemu asnaf di kampung atau taman perumahan.
Usaha ini sedikit sebanyak membuktikan institusi zakat turun padang bagi menjejaki asnaf. Usaha ini juga menunjukkan mereka sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pada bila-bila masa.
Bagaimanapun, di sebalik usaha yang dijalankan ini, penulis berpandangan masih ada ruang kelemahan yang boleh diperbaiki. Institusi zakat disaran perlu lebih proaktif dalam mendepani isu semasa masyarakat.
Sebagai contoh, takrifan semula asnaf zakat bagi orang OKU perlu dilakukan. Pada masa ini, OKU bukanlah tergolong sebagai asnaf zakat kecuali sekiranya mereka tergolong sebagai fakir miskin. Jika takrifan baharu golongan asnaf riqab sebagai golongan yang terperangkap dalam isu sosial boleh dilaksanakan, mengapa tidak bagi golongan OKU?
Institusi zakat juga boleh mewujudkan pusat jagaan khas untuk golongan ini. Penulis dimaklumkan ada gereja dan NGO Kristian yang menyediakan pusat penjagaan dan perlindungan untuk golongan OKU di negara kita. Justeru, sudah pasti ramai pembayar zakat di luar sana menginginkan langkah yang sama dituruti dan dijuarai oleh institusi zakat.
Sebagai kesimpulannya, isu OKU adalah isu nasional yang wajar diberikan perhatian oleh semua pihak. Isu ini janganlah hanya sekadar bermusim. Ia perlu sentiasa diberi perhatian serius.
Bagi institusi zakat, ingatlah masyarakat menyanjung tinggi usaha yang dilakukan. Namun, adalah menjadi harapan agar institusi ini menjadi lebih proaktif. Semoga masalah ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.


* Penulis ialah Pensyarah Kanan Perakaunan Islam, Pusat Pengajian Perakaunan, Universiti Utara Malaysia.



Sekarang LIVE! Tadarus Juz 13 & 14. Jom TADARUS.
πŸŒ™Tadarus Al Quran Fir RamadhanπŸŒ•
Juz 1 hingga Juz 30
Masa : 10.00 pagi & 2.00 petang
Setiap Hari Sepanjang Ramadhan
Bersama Anak Anak Pelajar Tahfiz Al-Mukhlisin Lil Banin
DENGARKAN LIVE! di AmalFM!
Terus Beristiqamah!
==========================
1. Download App Di Play Store. Search : Amal FM & Download.
Direct Link Download AmalFM :
2. Dengarkan Kami Di semua Gajet & Komputer :
3. Dengarkan Di Website Kami :
4. Like FB Kami :
TERUS BERISTIQAMAH!!!
πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†
Mohon Bantu Sebarkan/Viralkan