Saturday, January 9, 2016

Daro: Setiap kali peralihan musim tengkujuh di bahagian tengah Sarawak, nelayan yang tidak ke laut akan menjalankan pelbagai pekerjaan sampingan termasuk memburu mang iaitu sejenis udang hidup dalam lumpur.

Di muara Kuala Rajang di sini, nelayan yang tinggal di kawasan itu biasanya akan berduyun-duyun turun ke kawasan berpaya untuk menangkap mang sama ada dijual ataupun untuk juadah seisi keluarga.
Mang sememangnya jarang diperoleh pada hari biasa dan hanya banyak ditemui ketika tiba musim tengkujuh. Ia tertumpu di kawasan berpaya saja.
Nelayan, Abdullah Jamaluddin Hashim, 40, berkata, mang lazimnya membuat sarang yang kelihatan seperti busut di tepi sungai kecil ataupun kawasan berpaya dan alur.

Bangkok: Sekurang-kurangnya tiga maut dan 30 cedera selepas sebuah trak melanggar kereta api penumpang di luar Bangkok pada pagi semalam, kata pegawai. Trak yang membawa beberapa lembu itu melanggar penghalang sebelum merempuh kereta api di wilayah Phetchaburi di selatan Bangkok. 
Fuyang (China): Seorang lelaki di bandar ini yang tertekan kerana wang hantaran perkahwinannya masih tidak mencukupi bertindak memecahkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan tukul.

Lelaki itu, Xiao Luo, 26, berjaya mengumpul sebanyak 60,000 yuan (RM39,911) dengan mengeluarkan semua wang simpanannya dan menjual harta ibu bapanya.

Namun, dia masih kekurangan 10,000 yuan (RM6,651) untuk membayar wang hantaran bagi mengahwini kekasihnya.
Melaka: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sudah memantau aktiviti wanita yang menggelar dirinya ‘Bonda Ratu’ sejak 2010 berikutan disyaki terbabit dalam proses perubatan yang boleh mengelirukan umat Islam.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Penguat Kuasa JAIM Rahimin Bani berkata, berdasarkan rekod pihaknya, wanita terbabit dikenali sebagai Saripa Muliani A Latif, 37, berasal dari Talang Banjar, Indonesia.
“Wanita ini dipercayai menjalankan aktiviti perubatan yang mengelirukan seperti membuang saka di kubur besar di Pulau Besar.