Monday, June 22, 2015

JADUAL BERBUKA PUASA ZON 1 SELANGOR


JADUAL BERBUKA PUASA 2015 ( KLUANG)

SKIM BANTUAN BAZAR

KLUANG 12 Jun – Sebanyak RM1.2 juta diperuntukan melalui Skim Bantuan Bazar Ramadan kepada 408 peniaga dan penjaja kecil Melayu bagi membantu golongan itu menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan di seluruh negeri.

Yang Dipertua Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Negeri Johor, Datuk Mohammad Mahmood berkata, peruntukan membabitkan pengagihan antara RM1,000 hingga RM2,000 disalurkan kepada setiap peniaga minuman, manakala penjual makanan memperoleh pinjaman sehingga RM3,000.
Menurutnya, peruntukan untuk membantu peniaga dan penjaja kecil tersebut bagi tahun ini adalah sebanyak RM1.9 juta, namun hanya RM1.2 juta diluluskan oleh Bank Rakyat kepada pemohon yang layak.

“Pihak Bank Rakyat telah membuat penapisan berdasarkan rekod pemohon sebelum meluluskan pinjaman mereka untuk menampung kos bagi menjalankan perniagaan masing-masing pada Ramadan tahun ini. Kemudahan pinjaman melalui skim ini harus dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh peminjam.

“Mereka perlu membuat bayaran balik mengikut syarat-syarat ditetapkan melalui perjanjian yang telah dibuat,” katanya dalam Majlis Penyerahan Kelulusan Skim Bantuan Bazar Ramadan peringkat negeri bagi daerah Kluang di Taman Ilham di sini hari ini.
Yang turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian Kluang, Mejar (B) Muhamad Tukiran; Ketua Wilayah 4 Bank Rakyat, Azman Abd. Aziz dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nur Nikman Jaiman.
Tambah Mohammad, peniaga yang meminjam melalui skim tersebut juga beruntung kerana tempoh bayaran balik pada kali ini dilanjutkan kepada empat bulan berbanding hanya dua bulan pada tahun lalu.

“Kita berharap mereka dapat mematuhi perkara tersebut kerana tidak mahu berlaku seperti tahun lalu apabila hampir 49 peratus peminjam langsung tidak membayar pinjaman mereka sehingga menyebabkan dana bantuan skim ini dikecilkan kepada RM1.9 juta berbanding RM2.7 juta,” katanya.

Sementara itu, kata beliau, sebanyak 97 daripada 103 permohonan bagi daerah Kluang layak mendapat pinjaman melalui skim tersebut yang melibatkan bayaran sebanyak RM288,000, manakala bakinya tidak berjaya disebabkan tidak menepati syarat ditetapkan.

Senarai Lokasi Bazar Ramadhan 2015 Johor Bahru JB015 


    1. Jalan Ara 9, Taman Sri Pulai
    2. Jalan Kemuliaan, Taman Universiti
    3. Jalan Emas 1, Taman Sri Skudai
    4. Jalan Layang 16, Taman Perling
    5. Perling Mall, Jalan Pesisiran Perling 1, Taman Perling
    6. Jalan Kebudayaan 16, Taman Universiti
    7. Jalan Perwira 19, Taman Ungku Tun Aminah
    8. Jalan Pi 11/1, Taman Pulai Indah
    9. Jalan Pulai Harmoni 1, Bandar Baru Kangkar Pulai
    10. Jalan Bayan, Pekan Masai
    11. Jalan Johar, Taman Desa Cemerlang
    12. Jalan Rambutan, Ulu Tiram
    13. Jalan Bunga Seroja, Plentong
    14. Jalan Badik 21, Taman Puteri Wangsa
    15. Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam
    16. Jalan Pinang 18 - Taman Daya
    17. Jalan Keris - Taman Sri Tebrau 
    18. Jalan Balau 3 - Taman Rinting
    19. Jalan Permas 10 - Bandar Baru Permas Jaya (Depan Kawasan lapang Berdekatan McDonalds)
    20. Taman Anggerik - Jalan Anggerik 2/4
    21. Taman Bukit Mewah - Jalan Mewah Ria 2/1
    22. Kota Puteri - Jalan Bayan 26 (Berhampiran Sekolah)
    23. Kg Skudai Kiri - Berdekatan Masjid
    24. Taman Istimewa, Pandan
    25. Taman Cempaka - Persiaran Teratai
    26. Balairaya Ulu Pandan
    27. Medan Selera BBU - Bandar Baru Uda 
    28. Bandar Baru Uda – Jln Padi Ria 43
    29. Jln Mata Kucing - Kg Pasir
    30. Taman Dahlia – Jln Persiaran Dahlia
    31. Taman Desa Harmoni – Tangki Air
    32. Taman Daya – Jln Nibong 17
    33. Taman Sri Setanggi - Tempat Letak Kereta
    34. Taman Adda Height – Jln Adda 3/1
    35. Kampung Melayu Majidee – Jln Sekolah
    36. Tmn Setia Tropika – Jln Setia Tropika 1/14
    37. Tmn Bayu Puteri, Bakar Batu – Jln Pantai (Hadapan Petronas)
    38. Tmn Bukit Kempas – Jln Arung
    39. Taman Johor Jaya – Jln Ros Merah 1/11 
    40. Surau Jalan Ros Merah, Taman Johor Jaya 10
    41. Bazar Bandar Senai      
    42. Bazar Taman Handal      
    43. Bazar Taman Senai Utama      
    44. Bazar Bandar Putra      
    45. Bazar Taman Mas      
    46. Bazar Taman Putri      
    47. Bazar Taman Manis

KUN ANTA VERSI AMAR ( RINDU RAMADHAN)

MAHALNYA! SEWA TAPAK BAZAR RAMADHAN DI MELAKA CECAH RM40 RIBU

]Melaka: “Tahun ini tapak bazar Ramadan terlalu mahal hingga mencecah RM40,000.” Itu reaksi peniaga yang pernah menyewa tapak perniagaan sempena Ramadan di negeri ini.
Difahamkan, keadaan itu berlaku apabila ada pihak berjaya dalam cabutan mendapatkan tapak bazar dikatakan menjualnya pula kepada peniaga lain yang gagal dalam cabutan bagi mengaut untung atas angin dengan meletakkan harga terlalu tinggi hingga tidak masuk akal.http://avn.innity.com/rt/?cb=1433492401&a=1705&e=8760Peniaga, Laila Zuadi, 31, berkata, dia dan kakaknya pernah mencuba nasib mendapatkan tapak bazar Ramadan di Tesco Peringgit, tiga tahun lalu dan berjaya, namun ada pihak yang mendapat tapak perniagaan sama menjualnya kepada individu lain bagi memperoleh untung mudah.

“Memang ada pihak sanggup menjual tapak diperoleh kepada individu lain pada harga mencecah RM30,000. Itu tiga tahun lalu dan tahun ini, harga tawaran yang dibuka untuk cabutan saja sudah cukup tinggi.

“Biasanya peniaga keturunan Kemboja sanggup membeli tapak mahal kerana mereka tidak layak cabutan undi seperti peniaga tempatan,” katanya sambil mendakwa golongan itu sanggup membayar harga tinggi asalkan dapat berniaga di bazar Ramadan Jalan Hang Tuah, Tesco serta Jaya Jusco Peringgit.

Seorang lagi peniaga yang mahu dikenali sebagai Zetty, 27, berkata, harga tapak bazar ramadhan di Jalan Hang Tuah antara yang paling mahal dengan tapak bersaiz 400 kaki persegi ditawarkan penganjur pada harga RM11,000 manakala tapak seluas 324 kaki persegi di lokasi paling strategik pada harga RM11,200.

“Sebab itu di Jalan Hang Tuah pada akhirnya hanya peniaga Kemboja berniaga kerana mereka sanggup membeli tapak bazar Ramadan daripada individu yang berjaya dalam cabutan dengan harga cukup tinggi,” katanya

 Sumber: Harian Metro