Monday, June 22, 2015


MAHALNYA! SEWA TAPAK BAZAR RAMADHAN DI MELAKA CECAH RM40 RIBU

]Melaka: “Tahun ini tapak bazar Ramadan terlalu mahal hingga mencecah RM40,000.” Itu reaksi peniaga yang pernah menyewa tapak perniagaan sempena Ramadan di negeri ini.
Difahamkan, keadaan itu berlaku apabila ada pihak berjaya dalam cabutan mendapatkan tapak bazar dikatakan menjualnya pula kepada peniaga lain yang gagal dalam cabutan bagi mengaut untung atas angin dengan meletakkan harga terlalu tinggi hingga tidak masuk akal.http://avn.innity.com/rt/?cb=1433492401&a=1705&e=8760Peniaga, Laila Zuadi, 31, berkata, dia dan kakaknya pernah mencuba nasib mendapatkan tapak bazar Ramadan di Tesco Peringgit, tiga tahun lalu dan berjaya, namun ada pihak yang mendapat tapak perniagaan sama menjualnya kepada individu lain bagi memperoleh untung mudah.

“Memang ada pihak sanggup menjual tapak diperoleh kepada individu lain pada harga mencecah RM30,000. Itu tiga tahun lalu dan tahun ini, harga tawaran yang dibuka untuk cabutan saja sudah cukup tinggi.

“Biasanya peniaga keturunan Kemboja sanggup membeli tapak mahal kerana mereka tidak layak cabutan undi seperti peniaga tempatan,” katanya sambil mendakwa golongan itu sanggup membayar harga tinggi asalkan dapat berniaga di bazar Ramadan Jalan Hang Tuah, Tesco serta Jaya Jusco Peringgit.

Seorang lagi peniaga yang mahu dikenali sebagai Zetty, 27, berkata, harga tapak bazar ramadhan di Jalan Hang Tuah antara yang paling mahal dengan tapak bersaiz 400 kaki persegi ditawarkan penganjur pada harga RM11,000 manakala tapak seluas 324 kaki persegi di lokasi paling strategik pada harga RM11,200.

“Sebab itu di Jalan Hang Tuah pada akhirnya hanya peniaga Kemboja berniaga kerana mereka sanggup membeli tapak bazar Ramadan daripada individu yang berjaya dalam cabutan dengan harga cukup tinggi,” katanya

 Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment