Sunday, July 5, 2015



"Salam sejahtera akhiratku"
Bahagian 2.

6 tahun sebelum itu. 

"Semua orang ada pasangan. Aku pun ingin juga ada pasangan."

Amirul Irwan. Namanya sahaja mampu melembutkan hati, 13 tahun usianya. Persekitaran yang sentiasa bercerita hal cinta membuat dia sentiasa tertanya bagaimana ingin dapatkan pasangan.

Jadi, bagaimanakah perasaan cinta itu wujud? Apabila seseorang menemui kenalan yang menarik dan pada pandangan seseorang itu dia baik maka, minda akan membina sinaps sehingga menyebabkan rembesan hormon neurokimia. Kesannya? Individu tersebut akan mengalami kegersangan atau 'arousal', penarikan atau 'attraction' mahupun obsesi yang melampau. Minda juga berkemampuan untuk membina model seseorang itu berdasarkan tanggapan individu tersebut kepadanya. Satu illusi. Sesuatu yang diharap ciri yang diinginkan ada dalam diri orang tersebut sehingga timbulnya persoalan, benarkah seseorang itu apabila 'jatuh cinta', mereka benar-benar jatuh cinta? Boleh jadi mereka sekadar mencintai apa yang dianggap mereka kepada individu tersebut.

Proses begini, pada peringkat awal muda remaja, dinamakan ketidakseimbangan hormon. Motif perhubungan biasanya sekadar ingin melunaskan nafsu, ingin merangsang minda supaya sentiasa berada pada tahap 'seronok'. Sifat manusia, memang sukakan keseronokkan.
Mereka yang biasa adakan hubungan haram pada awal remaja, akan terbawa-bawa sehingga ke pertengahan 20-an. Tidak akan mampu dikenali apa itu cinta yang sebenar.

"Amirul, pergi solat berjemaah dekat masjid tu nak," ibu Amirul menegur, "ayah kau dah tak de. Kalau bukan kau siapa lagi yang dia nak harap dalam kubur tu?"

Amirul patuh. Tanpa banyak alasan, Amirul menuju ke basikal merahnya. Berkilat, baru dibasuh, pemberian arwah ayahnya. Sayangnya Amirul kepada ayahnya membuatkan dia lupa tentang kemahuannya ingin berpasangan. Ayahnya meninggal dunia di dalam tidur. Tenang sahaja pemergiannya.

Di sinilah sebab pertama mengapa Amirul Irwan meninggal sebagai Husnul Khotimah.

"Ustaz, bantulah saya. Mengapa saya punyai perasaan sebegini?"

"Jangan layan, utamakanlah ibubapamu," Ustaz Noramin menambah, "jika Amirul persoal ramai yang lakukan, elok sahaja mereka. Ingatlah bahawa dalam 1000 orang, 999 akan mengikut hawa nafsu dan syaitan."

Air mula membasahi kelopak mata Amirul Irwan, sepet orangnya. Pendek tetapi, berhati besar. Jauh di sudut jiwa Amirul, telah wujudnya penyesalan, penyesalan itulah yang kemudiannya memandu kehidupannya bermula hari itu.

Tetapi, bukan mudah.

"Ustaz, manusia masuk syurga sebab apa?"

Ustaznya diam sebentar, "satu hari kamu akan tahu."

"Amirul, selepas ini kita tadarus bersama."

Tadarus malam itu, selepas Isyak. Kali pertama sebenarnya Amirul membaca al-Quran dalam majlis tadarus.

Lazimnya peraturan dalam tadarus al-Quran, bergilir-gilir ahli membaca mengikut ayat berlainan. Ayat pertama sehingga ayat ke-15 orang lain, ayat seterusnya sehingga ayat ke-30 pula orang lain tetapi, Ustaz Noramin mengambil kaedah tadarus berpengajaran. Ustaz Noramin sebagai ketua, bacaan dimulai dari ayat satu sehingga ayat ke-15 contohnya. Kali pertama ustaz membacanya, kali kedua ustaz dan para ahli tadarus manakala kali ketiga setiap ahli tadarus membaca dalam lingkup ayat yang sama. Jadi, ahli tadarus dapat meningkatkan keupayaan pembacaan dan keyakinan diri. Selain juga, kuranglah sikit sifat malu jika ada ahli yang gagap. Biasanya malu itu yang berlaku sehingga orang lari dari tadarus al-Quran.

"Alhamdulilah, lancar bacaan kamu Amirul."

"Amanah orang tua kepada saya, ustaz."

Ustaznya senyum, "Amirul, ingat satu perkara ini," tangannya diletakkan diatas kepala anak murid kesayangannya.

"Kita melazimi perkara yang disukai Allah agar kita akan meninggalkan dunia ketika melakukan perkara disukai Allah. Semoga dengan itu, kita mampu mendapatkan keredhaan Allah di akhirat kelak."

Tulusly,
Ahza Adhwa.

Bahagian 1
https://goo.gl/IiPYXg
CARA DAKWAH SUPAYA TAK TERASA?
**
Ramai tanya saya:
"Ustaz, macamana kita nak tegur orang supaya dia tak terasa??"
Saya jawab:
"Cara untuk tegur orang supaya dia tak terasa ialah JANGAN TEGUR dia..."
1) Hari ni ramai orang, di sebabkan nak sangat jaga hati orang yang buat maksiat dan dosa, sehingga dia TAKUT nak tegur orang tersebut, sebab takut dia terasa.
Lalu, kita pun tak tegur dan biarkan orang tu berterusan dengan dosa.
2) FITRAH bila di tegur ialah kita akan terasa. Dan, terasa itu tanda hati hidup!
3) Nabi muhammad dakwah kaum quraisy, ramai kot yang terasa. Abu jahal mengamuk, Abu Lahab stress dan tak puas hati, Abu sufian berang, sampai depa nak bunuh nabi!
Nabi Nuh dakwah kaum dia, 950 tahun, tapi kaum dia terasa, dan tak terima! Setiap kali nabi Nuh dakwah dan tegur mereka, mereka akan lari, tutup baju dengan muka, tutup telinga dengan jari, dan mengejek nabi Nuh.
Nabi Ibrahim di campak ke dalam api.
Nabi Zakaria di gergaji.
Nabi Isa di kejar untuk di bunuh.
Nabi Musa di buru oleh Firaun.
So, kalau nabi-nabi pun dakwah sampai orang terasa, siapa kita untuk nak dakwah supaya orang tak terasa?
Kerana, memang fitrah bila di tegur, kita akan terasa!
4) Cuma, Allah sebut dalam quran, ada beberapa sifat orang yang di tegur:
ORANG BERIMAN: Bila di tegur, dia akan mendapat manfaat. Ye, dia terasa bila di tegur. Namun, egonya rendah, dan dia menerima teguran dan memperbaikinya.
(Azzariat)
ORANG KAFIR: Bila di tegur, dia takkan berubah. Bila tak di tegurpun dia tak berubah.
(Albaqorah)
So, kalau kita beriman, bila kita terasa dengan teguran, kita akan amalkannya. Bukan menentang.
Bayangkan, agak-agaknya, kalau kita hidup zaman nabi, adakah kita akan mengikut nabi ataupun kita jadi penentang nabi?
Kisah Misteri Seorang Lelaki Bernama Amrod bin Amran.
--
Suatu hari ada seorang lelaki ni nama dia Jendul bin Jantan. Jendul mempunyai dahi yang melengkung macam ikan flower horn. Bulu keningnya halus macam ulat bulu yang korang nampak kat belakang korang tu. Hidungnya ada 3 jerawat batu, salah satunya dah dipecahkan guna ketip kuku. Rambutnya ikal mayang, dan kulitnya kelabu coklat.
Tapi saya bukan nak cerita pasal Jendul, saya nak cerita pasal Amrod bin Amran. Amrod ni seorang lelaki yang malas sangat pergi masjid. Nak pergi solat Jumaat pun malas. Ayahnya Amran selalu memaksanya untuk pergi solat Jumaat.
Sampai tahap ayahnya memukul dan menarik tali pusat Amrod dengan rakus lalu menabur kerengga di atas tali pusat tersebut. Amrod yang kegelian akhirnya mengalah dan terpaksa pergi solat jumaat dalam keadaan muka toye.
Begitulah degil dan pemalasnya Amrod nak pergi masjid.
Akhirnya suatu hari Amrod memberontak kerana ayahnya masih lagi memaksanya untuk pergi ke masjid.
"Ayah ni asyik paksa je, ingat orang ni budak kecik ke? Ayah tak payah nak jadi macam Admin Tarbiah Sentap sangatlah nak sentap sangat."
Ayah Amrod berang.
"Kau baik pergi masjid sekarang. Nak solat jumaat tu. Kau sembang lebat nak dirikan masjid bagai, tapi pergi masjid pun malas!"
"Ahh. Ayah tahu memaksa je. Amrod nak keluar dari rumah ni!"
Akhirnya Amrod mengemas baju dan keluar meninggalkan rumah dan keluarganya. Ayahnya bersedih lalu berdoa,
"Moga Allah bagi kau hidayah nak.."
5 tahun kemudian, di sebuah masjid, ramai orang datang untuk solat. Kemudian datang seorang lelaki menghampiri seorang pakcik,
"Pakcik, siapa lelaki kat depan tu?"
Pakcik tu terus kata,
"Lelaki kat depan tu adalah anak saya, Amrod bin Amran."
Lelaki tersebut mengangguk. Ya, selepas 5 tahun Amrod kini sudah pulang ke kampung, malah sudah berada di masjid. Siap berada di saff masjid hadapan sekali. Tetapi Amrod berada di saff hadapan bukan sebagai seorang lelaki yang dah berubah atau berhijrah, tetapi sebagai seorang JENAZAH.
--
Moral of the story, rajinkanlah pergi masjid. Jangan setakat sembang kencang nak bina masjid, tapi pergi masjid pun malas
.
‪#‎RamadhanTitikPerubahan‬
‪#‎CerpenSentap‬
‪#‎cc‬



KOTA BARU: Polis menahan pasangan suami isteri yang dipercayai mendera kanak-kanak berusia lima tahun sejak enam bulan lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, ketika memaklumkan perkara itu berkata, suspek berusia 25 dan 39 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Jalan Bayam, di sini, kira-kira pukul 9 malam Ahad.

Kedua-dua suspek yang juga bapa kandung serta ibu tiri mangsa itu akan direman pagi Isnin.

Terdahulu, polis Kelantan giat mengesan sepasang suami isteri itu bagi membantu siasatan kes penderaan seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Pasir Mas pada 25 Jun lepas.

Pasangan muda itu dipercayai melarikan diri ke Thailand susulan kejadian tersebut dan bersembunyi di sana.

Mazlan berkata, pihak polis juga turut bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi menangkap pasangan berkenaan secepat mungkin.

“Kecederaan mangsa serius dan kita jalankan siasatan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan kita akan jalankan tangkapan kepada penjaga dia iaitu bapa dan ibu tirinya," katanya.

Menurut Mazlan, kecederaan kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Nur Zuliana Zaara Mohd Mishabuddin, 5, yang beralamat di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, amat serius dengan kesan kecederaan lama dan baru.

Selain itu, katanya berat badan mangsa juga susut dipercayai tidak diberi makan selain kesan parut hampir di keseluruhan badan.

Pada 25 Jun lalu, seorang ibu telah membuat laporan polis mengatakan anaknya yang dijaga oleh ibu tiri serta bekas suaminya mengalami kesan kecederaan lama dan baru, kesan parut, badan kurus dan berada dalam keadaan lemah.


Punca-punca berlakunya penderaan kanak-kanak

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.

Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.

Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang.

Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.

Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak.

Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.

Pihak-pihakyang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.
Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.