Wednesday, January 6, 2016

KEMAMAN - “Rumah ini akan dirobohkan dan kami empat beranak akan pindah tinggal di warung untuk mudahkan saya berniaga semula,” kata Roslina Abdul Kari, isteri Mohammad Zulkifli Ismail, 50, yang kisahnya menikam perompak hingga mati viral di media sosial.
Roslina, 36, berkata, keputusan untuk berpindah segera itu bagi meneruskan kehidupannya dan tiga anak selepas suaminya tidak lagi berada di sisi mereka.
Bagaimanapun, katanya, barang-barang dalam rumahnya kini termasuk peralatan kimpalan milik suaminya akan dipindahkan terlebih dahulu ke dalam rumah separuh siap milik mereka bersebelahan rumah bapanya yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya sekarang.
“Waktu melawat suami di Penjara Marang minggu lalu, suami pesan suruh saya buka semula warung kami yang terletak lebih kurang 500 meter dari rumah, tapi dalam keadaan sekarang memang saya tak dapat berniaga lagi berikutan saya juga perlu hantar dan ambil dua anak sekolah setiap hari.
“Tugas itu sebelum ini suami yang buat dan sekarang saya ambil alih, sebab itu saya mahu pindah terus ke warung supaya senang saya memasak sebelum hantar anak ke sekolah dan balik buka warung,” katanya ketika dikunjungi Sinar Harian di rumahnya di Kampung Labohan, Kerteh, petang semalam.
Pasangan itu mengusahakan warung sarapan pagi yang terletak bersebelahan Masjid Kampung Labohan sejak lebih setahun lalu untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga apabila Mohammad Zulkifli mengambil keputusan untuk menutup bengkel kimpalan yang terletak bersebelahan rumah mereka akibat besi dan wayar elektrik yang disimpan dalam bengkel dan sekitar rumah kerap dicuri.
Roslina tidak lagi membuka warungnya itu sejak suaminya ditahan dan direman bermula 7 Disember sehingga sekarang menyebabkan punca pendapatan mereka juga tiada.
Menurutnya, warungnya itu akan diubah suai bagi membolehkan dia dan tiga anaknya, Muhammad Afif, 9; Nur Aqiela, 8, yang menghidap autisme dan yang bongsu, Nur Athiera, 3, duduk berteduh di situ.
Katanya, sepatutnya dia dan suami merancang untuk merobohkan rumahnya itu yang didirikan di atas tanah rizab jalan pada tahun hadapan memandangkan mereka dalam proses membina rumah sendiri berdekatan rumah bapanya.
“Rumah ini sudah kami huni sejak 15 tahun lalu dan kami amat bersyukur sebab kerajaan benarkan kami tinggal di sini hingga hujung tahun ini cuma apabila berlaku kejadian yang tak diduga ini eloklah saya berpindah awal dan untuk pulihkan kembali semangat saya dan anak-anak.
“Lagipun saya trauma kerana dalam tempoh suami ditahan reman selama 14 hari masih ada lagi pencuri yang datang potong wayar elektrik di belakang rumah kami. Sepanjang tahun lalu sahaja dah lima kali rumah kami dipecah masuk dan berlaku kecurian besi serta wayar di sekitar rumah,” katanya.
Kata Roslina, sejak kejadian berkenaan berlaku dia jarang keluar rumah kerana masih belum bersedia melayan banyak pertanyaan dari orang ramai yang mahu tahu mengenai kejadian yang menimpa keluarga mereka itu.
Begitu pun, menurutnya, sokongan orang ramai dan pelbagai pihak yang datang melawat mereka empat beranak di rumah termasuk rakan suaminya yang tinggal jauh iaitu dari Kuala Terengganu sedikit sebanyak memberinya semangat untuk berdepan dengan ujian itu dengan tabah.
“Saya juga tahu orang ramai turut suarakan sokongan kepada suami dalam media sosial. Dari semua sokongan itu, saya rasa ada sikit kekuatan. Kami pun tidak mahu kejadian ini berlaku, namun ia sudah suratan takdir.
“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong dan susah payah beri sumbangan kepada kami, dengan sumbangan itulah saya sara keluarga waktu ini,” katanya.
Roslina berkata, anak sulungnya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Paka 2 memahami keadaan yang berlaku, bagaimanapun anak keduanya yang menghidap autisme dan anak bongsunya masih belum memahami apa-apa.
Jika diaju pertanyaan mengenai di mana bapa mereka, kedua-duanya hanya menjawab ‘Abah pergi kerja’.

Syura benar kerjasama demi Islam

HARAKAHDAILY | .

Keputusan Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada 21 Rabiul Awwal 1437 bersamaan 2 Januari 2016.

1. Salah satu daripada dasar Islam yang dipegang oleh PAS ialah bekerjasama dan tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan. Hal ini berasaskan kepada firman Allah swt di dalam Al-Quran:

 وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

"Dan hendaklah kamu bekerjasama untuk melaksanakan kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bekerjasama pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)". (Surah Al Maidah: Ayat 2)

Sabda Rasulullah s.a.w:

حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ أَخْبَرَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي بَكْرِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ

Maksudnya: Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi. Lalu ditanya kepada Baginda, Ya Rasulullah s.a.w. kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi tapi bagaimana pula kami akan menolong orang yang zalim, Baginda menjawab , elak dan cegah mereka dari melakukan kezaliman itulah erti menolong mereka. (Riwayat Imam Bukhari)

2. Berdasarkan kepada nas-nas tersebut, maka Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 21 Rabiul Awwal 1437H bersamaan 2 Januari 2016M telah bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana  pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.

3. Majlis Syura Ulamak juga menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional.

DATUK DR NIK MOHD ZAWAWI SALLEH
Setiausaha Majlis Syura Ulamak
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) - HARAKAHDAILY 6/1/2016
GOMBAK - Raja report, Abdul Rani Kulup Abdullah ternyata tidak kebal daripada tindakan undang-undang apabila beliau sendiri 'diangkut' pihak polis kerana anugerah Datuk Paduka Mahkota Melaka yang diterimanya, baru-baru ini.
Lelaki maut dipukul berebut bayi
SHAH ALAM - Seorang lelaki warga China maut dipercayai dipukul keluarga isterinya di sebuah rumah di Setia Alam, di sini, awal pagi semalam.
ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar rokok dari Pulau Langkawi bernilai RM37,086, petang semalam.
Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Maritim 1 Langkawi, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar berkata bertindak atas maklumat risikan, pihaknya telah menahan sebuah bot pada pukul 4 petang.
GEORGETOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang belum memutuskan untuk mengharamkan vape di negeri ini berikutan perlu mengadakan perbincangan lebih terperinci berhubung perkara itu.
Geng Pak Din Canai termasuk wanita mengandung ditahan
KANGAR - Empat anggota Geng Pak Din Canai termasuk seorang wanita mengandung yang terbabit dalam kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan berjaya ditumpaskan pasukan Petugas Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Perlis.
Otak lembu jadi menu pilihan
ORANG ramai di sekitar Alor Setar kini tidak perlu lagi ke Indonesia untuk merasai makanan nasi padang, namun mereka boleh ke D.Samsiah Sidik Nasi Padang yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim, di sini.
BERITA SEMASA, 1.PM berlepas ke Arab Saudi untuk lawatan kerja selama 3 hari.

2.Kabinet memutuskan untuk tidak mengharamkan vape. 3.Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata pihak pengusaha tidak menerima sebarang arahan dari kerajaan negeri atau pusat untuk menghentikan perlombongan bauksit di Kuantan. 4.Mesyuarat kerajaan negeri Trengganu bersama penjual/pengedar hari ini akan menentukan samada penjual dan pengedar akan di beri tempoh atau tidak untuk menyelesaikan stok yang ada dalam tempoh 1 tahun. 5.Di Kelantan kerajaan negeri akan menunggu keputusan kerajaan pusat sebelum membuat tindakan penguatkuasaan kepada penjual dan pengedar vape pada 1 Feb 2016. 6.Pemimpin MIC yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravan berkata pemimpin negara perlu membincangkan isu kes pertukaran agama dan murtad yang melanda seorang wanita India Indira Gandhi yang berjuang untuk hak anak2nya. 7.Sebuah badan NGO iaitu MCPF mahu sebuah forum di adakan untuk membincangkan kes mempertahankan diri samada ianya jenayah atau tidak. 8.Satu kajian mendapati ramai rakyat Malaysia tidak mengambil perlindungan insuran atau tidak mampu membayarnya kerana kos sara hidup dan bayaran premium yang makin tinggi. 9.Timbalan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Bagan Datok yang juga merupakan kawasan parlimen nya sebagai daerah kecil yang baru di Perak. 10.Kerajaan di minta mengambil perlindungan insuran kepada anggota simpanan PDRM kerana mereka juga terdadah kepada bahaya semasa bertugas. 11.Persatuan Peniaga Kecil dan Sederhana berpendapat cadangan mengkaji harga minyak secara mingguan adalah tidak logik dan menyukarkan penyusunan bajet syarikat dan peniaga. 12.Ibubapa di minta mendekati anak2 dengan solat atau makan bersama2 untuk merapatkan hubungan dari mengelakkan anak2 terjerumus dalam kegiatan tidak sihat atau terpedaya dengan orang lain. 13.Sebuah NGO Melaka Education Action Commitee mendakwa ramai ibubapa tidak tahu bahawa anak2 mereka ada melakukan hubungan seks dengan rakan kelas atau rakan sebaya. 14.Kelantan akan pantau aktiviti pembalakan kerana tidak mahu jambatan atau titi rosak di rempuh batang balak yang hanyut menerusi sungai. 15.Dua pusat pemindahan mangsa banjir di Segamat dan Muar masih di buka dengan 32 penduduk dari beberapa keluarga masih berlindung di situ. 16.Asmah Mamai iaitu Ibu kepada Ira@Nur Amirah Athirah iaitu remaja 14 tahun yang menipu di culik sebaliknya lari bersama kekasih bangsa cina berkata dia masih menyayangi anak perempuannya itu. Asmah turut memohon maaf bagi pihak anaknya kepada semua pihak atas masaalah yang di cetuskan olih Ira. 17.Tinjauan akhbar Star mendapati masih banyak restoran dan kedai di Pulau Pinang mengekalkan tukang masak dari luar negara di sebalik larangan dari kerajaan negeri yang berkuatkuasa 1 Januari 2016. 18.Persatuan Penduduk Chew Jetty di Georgetown, Pulau Pinang kesal dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu adakan sambutan Hari Warisan Dunia pada hari ke 8 Tahun Baru Cina kerana ianya akan bertembung dengan Perayaan Emperor Jade yang biasa mereka adakan setiap tahun di situ. 19.Adun DAP kawasan Pengkalan Kota Lau Keng Ee mahu sebuah laman web memohon maaf atau menghadapi saman kerana mendakwa dia menerima RM200,000 dari seorang pemaju. 20.Pakatan Harapan akan mengumumkan polisi bersama antara DAP,PKR dan Amanah pada sabtu depan dalam pertemuan di Kuala Lumpur dan tidak akan memasukkan PAS sebagai rakan pembangkang bersama. 21.Bunyi kucing yang tidak berhenti di sebuah apartment tingkat 7 Jalan Jubli Perak,Subang Jaya berjaya membangunkan tuan rumah dan menggagalkan percubaan untuk merompaknya. 22.Keturunan Embah Mosidi seramai 500 orang yang berasal dari Kepulauan Jawa ,Indonesia berjaya di kumpulkan di Johor Bahru menerusi media sosial. 23.Pegawai polis yang menyamar sebagai pemandu teksi berjaya menangkap 2 warga Bangladesh yang menculik seorang lelaki Rohingya dan meminta wang tebusan RM5,000 di Taman Pasak Indah,Kota Tinggi di Johor. 24.Pengusaha restoran Tomyam Bayan Cafe yang merupakan warga Thai di Sungai Ara, Bayan Lepas P.Pinang di serang sekumpulan 40 lelaki hanya kerana bertengkar selepas minuman yang di pesan lewat tiba.Isteri peniaga yang merupakan warga tempatan dan sedang mengandung 3 bulan turut di pukul bersama beberapa pekerja dengan menggunakan topi keledar dan kerusi. Polis setakat ini telah menahan 14 dari suspek ini. 25.Seorang bapa dari Singapura di katakan telah menjual anaknya kepada kawannya di Johor Bharu tetapi membuat laporan polis bahawa kanak2 usia 2 tahun itu di culik.Yayasan Tokong Johor kini cuba menjadi orang tengah untuk menyelesaikan kes. 26.Polis menunggu laporan dari Renjer Hutan berkaitan seorang remaja 18 tahun yang keluar rumah sejak 28 Disember untuk bertapa di Gunung Ledang,Johor. 27.Tiga kanak2 perempuan terselamat dari kebakaran di Balok,Kelantan selepas rumah mereka hangus ketika ibu bapa tiada kerana urusan kerja dan sekolah.