Friday, January 8, 2016

Jasin: Selepas hampir setahun bergiat aktif dalam jenayah pecah rumah, tujuh ahli Geng Bordok termasuk ketuanya ditahan pasukan Task Force Op Pintu Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin dalam beberapa siri serbuan berasingan di Sungai Rambai dan Merlimau bermula 29 Disember hingga 1 Januari lalu.
Difahamkan, kumpulan itu dikesan mula aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar Sungai Rambai dan Merlimau sejak pertengahan 2014 hingga 2015.
Accra (Ghana): Sekumpulan gembala mempunyai cari unik dan mungkin sukar dipercayai untuk membawa kambing mereka dari satu tempat ke tempat lain - dengan mencampak haiwan itu ke atas bumbung bas.
Rakaman menunjukkan perbuatan itu di Stesen Bas Bimbila, Ghana, dengan seorang lelaki berdiri di atas pelantar di sebelah sebuah bas.
Seekor demi seekor kambing diserahkan kepada gembala itu yang memegang haiwan itu dengan mudah pada keempat-empat kakinya sebelum menerbalikkan dan mencampakkan haiwan berkenaan kepada seorang lagi gembala yang berada di atas bas.
Teheran: Iran semalam menuduh gabungan tentera diketuai Arab Saudi yang menyerang pemberontak Syiah di Yaman membedil kedutaannya dalam serangan malam sebelumnya, namun bangunan itu tidak menunjukkan sebarang kerosakan.

Tuduhan itu dibuat ketika hubungan Teheran dan Riyadh semakin tegang sejak kebelakangan ini susulan pelaksanaan hukuman mati terhadap ulama Syiah Nimr al-Nimr dan serangan terhadap misi diplomatik Arab Saudi di Iran.

Penganalisis bimbang ia mampu mencetuskan perang proksi antara dua kuasa besar itu di Yaman serta Syria.
SUSPEK SAMUN DITEMBAK, TIGA LAGI LARIKAN DIRI
8 Januari 2016
KUALA LUMPUR - Seorang suspek kes cubaan samun cedera ditembak selepas bertindak menyerang anggota polis menggunakan parang dalam satu kejadian berhampiran sebuah premis menjual bunga, di Taman Ehsan Kepong, di sini, semalam.
SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berikrar akan mempertahankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) daripada sebarang campur tangan mana-mana pihak berikutan desas-desus kemungkinan ketua pesuruhjaya badan berkenaan akan digantikan selepas ini.

Menurutnya, perkara itu akan menjadi keutamaan baginya dalam memelihara kredibiliti SPRM di samping memastikan kelancaran operasi badan berkenaan.
PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak bercadang untuk menubuhkan sebuah badan khas bagi lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kementerian turut memainkan peranan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti dan seminar dalam usaha membantu kaum lelaki daripada menjadi mangsa dera pasangannya.
PUTRAJAYA - Kerajaan akan melakukan pembentangan pengubahsuaian terhadap bajet 2016 berikutan faktor ekonomi dunia yang lembap.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pembentangan tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.