Thursday, January 7, 2016

SEOUL: Kementerian Pertahanan Korea Selatan tidak percaya bahawa ujian bom hidrogen (H-Bom) Korea Utara yang dijalankan semalam mencapai kejayaan, lapor agensi berita Yonhap, hari ini. Pegawai Kementerian Penyatuan berkata, sebagai membantah ujian itu, Korea Selatan akan mengehadkan kemasukan ke kompleks perindustrian Kaesong yang dikendali secara bersama dengan Korea Utara bagi mengurangkan kakitangan pengeluaran. Yonhap juga berkata, kerjasama inisiatif terbaharu dengan Korea Utara akan ditarik balik. - Reuters

http://www.harakahdaily.net/

Kuala Lumpur : Cadangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memanggil semula bekas pemain Harimau Muda B dan C bagi menyertai Skuad Projek Sukan SEA 2017 mengundang masalah kepada pasukan negeri.

Berikutan kebanyakan pemain sudah mengikat kontrak bersama pasukan baru selepas Harimau Muda dibubarkan, apa yang mahu dilakukan FAM itu dianggap bakal menjejaskan perancangan pasukan terbabit.
Padang Besar: Cubaan suami isteri menyeludup ganja seberat 99 kilogram bernilai RM148,650 menggunakan taktik melekatkan logo Jabatan Imigresen Malaysia pada cermin kereta ketika melalui pintu sempadan Malaysia-Thailand gagal apabila ditahan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk pemeriksaan.
Pengarah JKDM Perlis Kamarudin Jaafar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang 27 Disember lalu, sepasukan anggota Unit Pemeriksaan Penumpang menahan dan memeriksa sebuah Proton Waja hitam ketika cuba memasuki negara ini di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Wang Kelian yang dinaiki pasangan berusia 35 tahun itu.
Shah Alam: Seorang buruh binaan nyaris maut selepas tergelincir ketika bekerja di tingkat 11 sebuah bangunan dalam pembinaan di Bukit Jelutong di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Wagiman, 47, cedera parah selepas terjatuh ke tingkat lima bangunan berkenaan.
Difahamkan, mangsa yang juga warga Indonesia itu dikatakan berada di bahagian tepi tingkat 11 bangunan berkenaan untuk memasang peralatan keselamatan apabila tiba-tiba tergelincir.
Kota Kinabalu: Lima individu termasuk seorang wanita ditahan polis dalam tempoh 12 jam kerana terbabit dengan kes samun seorang pelancong warga Jepun yang juga Naib Presiden Persekutuan Bina Badan Asia di Lorong Haji Yaakob, Kampung Air di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, semua suspek berusia 20 tahun hingga 34 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di Asia City dan Sembulan bermula jam 12.55 tengah malam hingga 3 pagi semalam susulan laporan polis dibuat mangsa.
Teheran: Iraq semalam menawarkan diri sebagai orang tengah untuk meredakan ketegangan antara Arab Saudi dan Iran yang semakin memburuk selepas pelaksanaan hukuman mati terhadap ulama Syiah yang disusuli serangan ke atas dua pusat diplomatik Saudi di republik Islam itu. Bagaimanapun, tawaran Menteri Luar Iraq, Ibrahim al-Jaafari yang dibuat pada sidang akhbar di ibu negara Iran itu, turut merujuk kepada pelaksanaan hukuman mati ulama Syiah Sheikh Nimr al-Nimr sebagai ‘jenayah,’ sekali gus menimbulkan persoalan sama ada Arab Saudi akan mempertimbangkan tawaran Baghdad itu.
Bangkok: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha mengarahkan pendaftaran baru bas dua tingkat ditamatkan dan pemeriksaan ketat terhadap pengangkutan awam negara itu yang banyak terbabit dalam kemalangan jalan raya. Menteri Pengangkutan, Arkhom Termpittayapaisith berkata, Prayut mengeluarkan arahan itu ketika mesyuarat Kabinet kelmarin.
Foshan (China): Pemilik sebuah kereta mewah di bandar ini sangat bernasib baik selepas sebatang pokok yang jatuh dari tingkat empat sebuah bangunan terus masuk melalui bumbung suria kenderaan berkenaan. Keadaan itu menyebabkan kenderaan utiliti sukan BMW berkenaan tidak mengalami kerosakan teruk.
Berlin: Jerman mendaftarkan 1.1 juta pemohon suaka pada 2015, kata kementerian dalam negerinya semalam, dengan pelarian dari Syria merangkumi hampir 40 peratus daripadanya.
Jumlah itu rekod baru untuk ekonomi terbesar Eropah berkenaan dan lebih lima kali ganda berbanding 2014.
Jumlah pelarian Syria mencari perlindungan di Jerman tahun lalu seramai 428,468 orang diikuti orang Afghanistan (154,046) dan Iraq (121,662).

KUANTAN - Penduduk di sekitar kawasan Balok gempar berikutan ratusan ikan ditemui mati di Sungai Tonggak, semalam.
Kejadian itu menimbulkan tanda tanya penduduk sama ada ia berkaitan dengan perlombongan bauksit atau disebabkan pencemaran sisa kilang dari kawasan perindustrian Gebeng.

SUNGAI UDANG - Jenazah Kapten Hasman Husin yang dihanyutkan banjir di Missouri, Amerika Syarikat (AS) pada 26 Disember lalu selamat tiba di pekarangan Masjid As-Syuhada Kem Terendak, Melaka lebih kurang jam 4.30 petang hari ini.

Jenazah Hasman yang diterbangkan menggunakan pesawat China Airlines tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 1.15 petang kemudian dibawa menaiki van jenazah ATM ke pekarangan masjid As-Syuhada Kem Terendak untuk proses penukaran keranda sebelum solat jenazah dan diberikan penghormatan terakhir.
SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor tidak berpuas hati dengan bilangan diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada parti itu untuk mengisi jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).
Pengerusinya, Izham Hashim masih menyimpan harapan untuk meneruskan rundingan dengan pimpinan Pakatan Harapan dan berharap berlaku pertambahan kerusi kepada ahli majlis Amanah.
HULU LANGAT - “Pelanggan sampai tuduh saya sorok tong gas memasak dalam kedai, sedangkan dah dua hari berturut-turut saya terputus bekalan itu,” kata peniaga kedai runcit di Taman Sri Nanding, Rustam Jinis, 55.
Kekurangan bekalan gas memasak di sekitar kawasan Hulu Langat katanya, berlaku sejak tiga minggu lalu namun dia masih menerima bekalan seperti biasa sebelum ini.
KUALA LUMPUR - Kajian mendapati pengiktirafan di tempat kerja telah mengatasi ganjaran kewangan, sekaligus, ia menjadi faktor terpenting bagi motivasi pekerja di dalam organisasi di seluruh dunia tanpa mengira usia, industri atau lokasi.

Majoriti responden mengakui bahawa kenaikan gaji melalui skim prestasi boleh membantu memupuk prestasi yang terbaik, 70 peratus daripada responden di Asia Timur, Pasifik dan Afrika bersetuju bahawa ukuran prestasi seperti ini boleh diperbesarkan atau dipalsukan bagi memenuhi sasaran mereka.

BUKIT MERTAJAM - Seorang ibu tunggal menafikan anak lelakinya lambat mendaftar di tingkatan satu di sebuah sekolah di Permatang Rawa di sini, kerana terpaksa berkongsi pakaian sekolah dengan abangnya seperti yang tersebar di laman sosial termasuk Facebook hari ini.    
Fadilah Hashim, 45, berkata walaupun mereka sekeluarga susah, beliau masih mampu menyediakan pakaian sekolah untuk tiga anaknya termasuk dua anak lelaki yang belajar di sekolah yang sama.
SHAH ALAM – Pas Selangor kekal pendirian untuk tidak mengiktiraf lantikan lapan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) daripada Parti Amanah Negara (Amanah).
Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abd Samad berkata, walaupun wakil Amanah dipilih sebagai ahli majlis PBT namun Pas tetap dengan pendirian untuk tidak mengiktiraf parti terbabit.
CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki memiliki 1,497 kad kredit sekaligus tersenarai dalam Guinness World Record sebagai pemegang kad kredit paling banyak di dunia.
Walter Cavanagh, 73 dari Santa Clara mula mengumpul kad kredit sejak tahun 1960an selepas dicabar rakannya.
SHAH ALAM – Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berharap pimpinan tertinggi Pas dapat mempertimbangkan semula pendirian Majlis Syura Ulamanya yang kekal dengan keputusan lama iaitu untuk tidak menyertai BN atau bersama Umno.