Thursday, January 28, 2016

"PEMBINAAN stadium baharu dan Bandar Sukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dirancang di kawasan Nusajaya di sini, akan menelan kos antara RM180 juta hingga RM200 juta," kata pemilik kelab itu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Baginda bertitah kerajaan negeri menyediakan tanah seluas 28.3 hektar untuk projek itu.
Namun, menurut Tunku Ismail, hanya 14.2 hektar akan digunakan untuk membangunkan stadium manakala baki selebihnya untuk memajukan Bandar Sukan
JDT merangkumi hotel, apartment, pusat membeli-belah, padang sukan rugbi, gelanggang tenis dan lain-lain.

Kangar: Kegagalan seorang wanita yang juga kakitangan kerajaan menukar satu angka pada nombor pendaftaran Perodua Myvi miliknya yang patah menyebabkan seorang wanita lain yang juga peniaga menanggung beban 36 saman berkaitan kesalahan had laju berjumlah RM6,900 sejak dua tahun lalu.

Difahamkan, kakitangan kerajaan berusia 31 tahun itu didakwa lalai apabila gagal menukar angka lapan pada nombor plat kenderaannya mengakibatkan ia kelihatan seperti angka sembilan ketika anggota polis melakukan operasi perangkap had laju.

Bagaimanapun, wanita berkenaan berjaya ditahan di Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis berhampiran Utan Aji di sini, dalam operasi khas membabitkan anggota polis trafik, kira-kira jam 7.30 pagi selepas menerima laporan mangsa pada 19 Januari lalu.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Perlis Deputi Superintendan Rusli Yahaya berkata, satu pasukan khas berjaya mengesan kenderaan milik suspek sebelum ditahan apabila didapati melakukan beberapa kesalahan di laluan berkenaan.

Beliau berkata, pada mulanya, wanita itu disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu sebelum pemeriksaan mendapati angka lapan pada nombor pendaftaran depan kereta dipandunya didapati patah sehingga dilihat seakan-akan angka sembilan, sekali gus mengelirukan pihak berkuasa yang melakukan operasi perangkap had laju di kawasan itu.


KUALA NERUS - Penduduk di Kampung Tengah, Mengabang Telipot dan Kampung Tanjung Gelam, Batu Rakit, dekat sini menyifatkan fenomena air pasang besar yang melanda kampung mereka hingga menyebabkan beberapa buah rumah penduduk kampung rosak adalah yang terburuk dalam tempoh 30 tahun.
Mohamad Yahya Muda, 53, seorang penjawat awam berkata kejadian dua hari lalu itu adalah yang terburuk pernah dialaminya yang menyebabkan rumah pusaka yang didiaminya bersama lima anggota keluarga yang lain rosak teruk.
Katanya walaupun hampir saban tahun kejadian ombak besar dan angin kencang dialami mereka sekeluarga tetapi apa yang berlaku kali ini adalah yang paling teruk sehingga mengakibatkan beberapa bahagian rumah rosak teruk dipukul ombak.

KUALA NERUS - Penduduk di Kampung Tengah, Mengabang Telipot dan Kampung Tanjung Gelam, Batu Rakit, dekat sini menyifatkan fenomena air pasang besar yang melanda kampung mereka hingga menyebabkan beberapa buah rumah penduduk kampung rosak adalah yang terburuk dalam tempoh 30 tahun.
Mohamad Yahya Muda, 53, seorang penjawat awam berkata kejadian dua hari lalu itu adalah yang terburuk pernah dialaminya yang menyebabkan rumah pusaka yang didiaminya bersama lima anggota keluarga yang lain rosak teruk.
Katanya walaupun hampir saban tahun kejadian ombak besar dan angin kencang dialami mereka sekeluarga tetapi apa yang berlaku kali ini adalah yang paling teruk sehingga mengakibatkan beberapa bahagian rumah rosak teruk dipukul ombak.

SONDERBORG - DENMARK. Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun didenda kerana menggunakan senjata terlarang iaitu penyembur lada untuk mempertahankan diri daripada dirogol, semalam.
Menurut laporan Local Denmark, remaja tersebut mendakwa seorang lelaki menyerangnya kira-kira jam 10 malam dan cuba membuka pakaiannya.
Perogol bagaimanapun melarikan diri selepas disembur dengan penyembur lada.
Jurucakap polis, Knud Kirsten memberitahu memiliki atau menggunakan penyembur lada atau pepper spray adalah dilarang dan remaja tersebut bakal didenda 500 kroner (RM309.47).
Sementara itu, stesen TV tempatan, TV Syd pula memaklumkan orang awam yang mengetahui nasib malang remaja tersebut kemudian mula mengumpulkan dan untuk menolong remaja terbabit membayar denda.

Tuesday, January 26, 2016

Sabda Rasulullah saw, bermaksud : “Apabila kamu melewati taman-taman syurga, minumlah hingga puas. Para sahabat bertanya,”Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan taman-taman syurga itu ?” Rasulullah saw menjawab,”majlis-majlis ta’lim/ilmu.” [Hadis Riwayat Al-Thabrani]

Bersama kami malam ini Talaqi kitab Tafsir Ibnu Katsir,
oleh Ustaz Azlisham Azhar
19/01/2016, Selasa
Jam 8.00 mlm ini
Bertempat di Tahfiz AL-MUKHLISIN,
Wisma AL-UMM, Jln Penghulu Kassim,
86000 Kluang, JDT

IKUTI BERSAMA KAMI >
1. Download App Amal FM :
Klik ▶ https://play.google.com/store/apps/details?id=appinventor.ai_l5wannabe.AmalFM&hl=en
2. Dengarkan Kami Di semua Gajet & Komputer :
Klik ▶ http://tunein.com/radio/Amal-FM-s233901/
3. Dengarkan Di Website Kami :
Klik ▶ http://amalfm2u.blogspot.com/
4. Like FB Kami :
Klik ▶ https://www.facebook.com/AmalFM.net
5. Subscribe Channel YouTube

KUALA LUMPUR - Usul untuk memutuskan tentang penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan dibentangkan pada sidang khas Dewan Rakyat yang bermula pukul 10 pagi ini.
Ahli Dewan Rakyat akan membahas dan mengundi mengenai TPP dalam sesi khas dua hari bermula hari ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan mencadangkan usul berkenaan untuk mendapat sokongan anggota Dewan Rakyat terhadap keputusan kerajaan bagi Malaysia menjadi sebahagian anggota negara TPP dengan menandatangani dan meratifikasi perjanjian itu.

JOSE Mourinho percaya dia mampu membawa pulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris semula ke Manchester United pada musim depan sekiranya dilantik menjadi pengurus.
Keyakinan itu disuarakan melalui ejennya, Jorge Mendes yang membuat jaminan itu kepada Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward.
Louis van Gaal semakin hampir dipecat selepas kekalahan 1-0 United di tangan Southampton yang sekali gus memisahkan mereka lima mata dengan Tottenham Hotspur di tangga keempat EPL dan 10 mata di belakang peneraju, Leicester City. 
KAHERAH - MESIR. Sebuah video diterbitkan pusat media kumpulan militan IS, kelmarin didakwa mendedahkan imej dan kenyataan terakhir sembilan individu yang melancarkan serangan ganas di Paris dan meragut sekurang-kurangnya 130 nyawa pada 13 November lalu.

BIDOR - Seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera selepas terlibat dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah sebuah lori dan treler, di Pekan Bidor, awal pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1.47 pagi tadi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, setiba dilokasi kejadian,‎ mendapati sebuah lori tiga tan melanggar belakang lori treler yang berhenti di bahu jalan
LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini mendakwa kumpulan yang merancang untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah adalah kumpulan sama yang menyebabkan Umno kalah di Kedah pada pilihan raya umum 2008.
Sambil menyifatkan kumpulan itu tidak mempunyai reputasi baik, beliau berkata, langkah mereka menuntut penyingkiran Mukhriz merupakan suatu tindakan yang 'amat bersifat politik'.
"Mereka mengambil langkah itu tanpa mendapatkan pandangan rakyat (golongan akar umbi) dan merekalah (rakyat) yang akan terpaksa menangung akibatnya (sekiranya berlaku sebarang perubahan terhadap kepimpinan negeri," katanya.

Monday, January 25, 2016

"Kubur itu adalah kegelapan dan penerangnya adalah kalimat TAUHID". - [Saidina Abu Bakar Assiddiq]
Mengesakan Allah, tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, TALAQI KITAB RISALAH TAUHID,
Bersama Ustaz Azizan Bin Omar, Pondok Sungai Bakap
25/01/2016, Isnin
Jam 8.40 mlm ini
Bertempat di Tahfiz AL-MUKHLISIN,
Wisma AL-UMM, Jln Penghulu Kassim,
86000 Kluang, JDT
IKUTI BERSAMA KAMI >
1. Download App Amal FM :
Klik ▶ https://play.google.com/store/apps/details
2. Dengarkan Kami Di semua Gajet & Komputer :
Klik ▶ http://tunein.com/radio/Amal-FM-s233901/
3. Dengarkan Di Website Kami :
Klik ▶ http://amalfm2u.blogspot.com/
4. Like FB Kami :
Klik ▶ https://www.facebook.com/AmalFM.net
5. Subscribe Channel YouTube

Wednesday, January 20, 2016

Ilmu ada tiga tahap;
Jika seseorang memasuki tahap pertama, dia akan Sombong.
Jika dia memasuki tahap kedua, dia akan Tawadhu'.
Jika dia memasuki tahap ketiga, dia akan merasa dirinya tidak mempunyaii apa-apa. - [Saidina Umar Al Khattab]
LIVE MALAM INI di AmalFM dan AmalTV
📢Kuliah Mingguan Tahfiz Al-Mukhlisin📢
📖- Talaqqi Kitab Siyarus Salikin
👳- Oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Shah bin Lamat
⏰- Rabu | Jam 8.45 Malam | 20 Jan 2016
🏢- Bertempat di Wisma Al-Umm, Jalan Penghulu Kassim, Kluang Johor DT
🎥Tonton LIVE! di Channel AmalTV🎥
▶ https://youtu.be/WyQFiczG3_Q ◀
📻Dengarkan LIVE! di AmalFM📻
=============================
1. Download App Amal FM :
👉https://play.google.com/store/apps/details?id=appinventor.ai_l5wannabe.AmalFM&hl=en
2. Dengarkan Di Gajet & Komputer :
👉http://tunein.com/radio/Amal-FM-s233901/
3. Dengarkan Di Website Kami :
👉http://amalfm2u.blogspot.com/
4. Like FB Kami :👉https://www.facebook.com/AmalFM.net
5. Subscribe Channel YouTube

TERUS BERISTIQAMAH!!!
👆👆👆
Mohon Bantu Sebarkan/Viralkan

Wednesday, January 13, 2016

PERCAYA atau tidak, di hutan Amazon terdapat spesies pokok yang boleh beralih dari tempat asalnya dengan sendiri.
Spesies flora yang memiliki kemampuan unik ini dikenali sebagai Socratea exorrhiza atau terkenal dengan jolokan pokok berjalan atau Cashapona.
Ia merupakan sejenis pokok palma yang tumbuh di dalam hutan hujan tropika di Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Berdasarkan rekod, pokok ini boleh tumbuh setinggi 25 meter dengan ukuran batangnya mencapai 17 sentimeter ukur lilit.
Pokok ini dikatakan mempunyai sistem akar yang rumit dan boleh berfungsi sebagai kaki. Akar tersebut membantu pokok ini untuk terus berpindah mengikuti cahaya matahari.
SHAH ALAM - Menurut satu kenyataan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini, hanya perniagaan milikan tunggal atau perkongsian yang mana pemilik atau rakan kongsinya adalah warganegara Malaysia atau berstatus pemastautin tetap dibenarkan menjalankan perniagaan di bawah Akta Perniagaan 1956.
Manakala di bawah Akta Syarikat 1965 pula, warga asing dibenarkan mendaftarkan syarikat dengan syarat mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pengarah beralamat tetap di Malaysia.
Bagaimanapun tindakan boleh diambil jika sesebuah perniagaan atau syarikat itu menyalahi undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peruntukan di bawah SSM.

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan polis di sebuah pasar raya di Sungai Petani, Kedah kerana disyaki terlibat dalam kumpulan militan Daesh.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, remaja berkenaan ditahan semalam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kedah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 dan kini dihantar ke Cawangan Khas Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

SULTANAHMET - ISTANBUL. Seramai 10 orang awam dilaporkan maut dalam satu letupan di lokasi popular pelancongan berhampiran Masjid Biru di sini, sebentar tadi.
Seramai 15 orang awam yang lain cedera dan sedang dirawat, kata kenyataan dari Pejabat Gabenor Istanbul.
KUALA PILAH - Seorang bayi lelaki cukup sifat ditemui mati dibalut dalam kain sarung dan ditanam di kawasan semak di kampung Geduhom Dangi petang hari ini.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Zaldino Zaludin berkata, bayi itu ditemui setelah ditunjukkan oleh suspek yang juga dipercayai bapa kepada bayi berkenaan.
Katanya, siasatan awal polis, mendapati, bayi itu telah meninggal dunia semasa dilahirkan pada 10 Januari lalu di sebuah rumah di Nilai.
“Seorang remaja perempuan berusia 25 tahun telah melahirkan bayi itu tanpa diketahui sesiapa dan cuba menyembunyikan kelahirannya.
“Bagaimanpun, rahsianya terbongkar dan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Pilah telah melakukan serbuan di sebuah rumah di kampung Geduhom Dangi.
“Polis berjaya menahan dua lelaki dan seorang perempuan dipercayai sepasang kekasih," katanya.
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan bercadang untuk mengubah format Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi melahirkan mo­dal insan yang berkualiti dan holistik.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid (gambar kecil) berkata, berdasarkan perancangan awal, format UPSR akan diubah kepada 40 peratus berasaskan PBS manakala 60 peratus lagi adalah peperiksaan berpusat se­perti pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
KOTA KINABALU – Harap­kan pegar, pegar makan padi. Demikian perbuatan tiga anggota polis yang ditangkap kerana terlibat menculik seorang wanita Filipina untuk mendapatkan wang tebusan berjumlah RM50,000 di Kampung Silam, Lahad Datu Ahad lalu.

Tiga anggota polis terbabit melibatkan dua berpangkat koperal dan seorang berpangkat konstabel.
KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah tahanan reman terhadap dua lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang berhubung isu perlombongan bauksit. Perintah reman selama enam hari terhadap suspek yang berusia 51 dan 57 tahun itu dikeluarkan Majistret Noor Aisah Mohamed di sini.

Tuesday, January 12, 2016

KUALA LUMPUR - Pemuda Umno mengakui kelemahan Kerajaan di mana lambat bertindak dalam menangani isu bauksit di Kuantan, Pahang.

Monday, January 11, 2016

BUTTERWORTH - Sebuah bangunan dua tingkat yang dijadikan rumah tumpangan dengan menempatkan 20 bilik di Lorong Bagan Luar 1, Bagan Luar di sini musnah dalam kebakaran hari ini.
Kebakaran pada 3.10 petang itu turut memusnahkan dua kaunter tiket bas dan sebuah kedai kasut terpakai yang beroperasi di tingkat bawah bangunan berusia lebih 50 tahun itu
HEBEI - CHINA. Seorang bapa sanggup bertindak kejam dengan membeli ular tedung dan membiarkan ular itu mematuk tangan anaknya dengan sengaja
SHAH ALAM – Pas berhak untuk mempertahankan setiap kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Namun begitu, Shamsul menegaskan masih terlalu awal bagi setiap pihak untuk membincangkan pertembungan tiga penjuru memandangkan PRU14 akan berlangsung menjelang 2018 nanti.
SHAH ALAM - Ahli Pas dilarang menyertai dan melibatkan diri dengan program berkaitan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP kerana parti-parti itu tidak mempunyai hubungan dengan Pas.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian ketika mengulas mengenai larangan yang dikenakan Pas terhadap ahlinya dalam isu penglibatan ahli-ahli Pas dalam program dan kegiatan parti politik lain.

KUALA SELANGOR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Pas tidak akan menyerahkan mana-mana kerusi yang ditandingi calon mereka kepada parti lain.
Menurutnya, Pas tidak akan berkompromi kerana ia melibatkan soal maruah parti.
PYONGYANG - KOREA UTARA. Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menyatakan bahawa ujian bom hidrogen dilakukan oleh negara itu baru-baru ini, sebagai langkah negara itu untuk mempertahankan diri daripada ancaman nuklear Amerika Syarikat.
Memetik laporan Reuters, melaporkan Kim Jong Un berkata, negaranya mempunyai hak untuk melakukan ujian itu, kerana ingin memastikan keselamatan negaranya.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum‎ Sultan Iskandar akan menggunakan trak jenis Mack milik baginda pada program Kembara Mahkota Johor (KMJ) akan datang.
Sultan Ibrahim bertitah baginda sudah merancang untuk menjayakan KMJ menggunakan trak tersebut dengan disertai Kelab Trak Johor.

IPOH - Kerajaan akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) meskipun negara terpaksa berhadapan ketidaktentuan keadaan ekonomi global.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, bantuan itu membuktikan bahawa kerajaan kekal komited dalam membela hak dan kepentingan rakyat.
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan memberikan sumbangan sebanyak RM50 juta kepada kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).
Memetik kenyataan daripada laman rasmi Johor Southern Tiger, melaporkan bahawa keputusan itu, dibuat kerana Sultan Ibrahim gembira dengan perkembangan bola sepak Johor.

Sunday, January 10, 2016

KUALA SELANGOR - Lapan kerusi Pas di Selangor mungkin terancam apabila bukan sahaja terpaksa berdepan Umno malah DAP selepas parti itu mengumumkan akan meletakkan calon pada pilihan raya akan datang.
Naib Presiden Pas, Datuk Ir Iskandar Abdul Samad menegaskan, Pas bakal berdepan musuh baru namun pihaknya mahu jentera pilihan raya Pas terus utuh mempertahankan kerusi sedia ada dan mempertimbangkan lima lagi kerusi baharu.
Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara rasminya menjadi pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi musim ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim berkata, baginda yang sebelum ini Penanung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan meneruskan misi dan visi sama dalam pembangunan bolasepak negeri ini.
"Selaku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, saya ingin memaklumkan pasukan Harimau Selatan bahawa mulai musim 2016, DYAM Brigadier Jeneral, Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara rasminya menjadi pemilim pasukan JDT.
"Kami menjunjung tinggi usaha Tunku Mahkota Johor dalam memartabatkan lagi bolasepak khususnya melalui pasukan Johor Darul Ta'zim," katanya dalam kenyataan di sini.
Alor Gajah: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mahu pendidikan sekolah maahad tahfiz diperluaskan ke seluruh negara.
Beliau berkata, kerajaan, swasta dan badan korporat perlu memainkan tanggungjawab menubuhkan lebih banyak maahad tahfiz sekali gus melahirkan lebih ramai hafiz.
Kuala Lumpur: Media sosial dan pelbagai kemudahan Internet sepatutnya menjadi medium berkomunikasi dan ilmu dikesan menjadi antara punca peningkatan jenayah dalam kalangan pelajar sekolah.
Ramai remaja dikesan menggunakan media sosial untuk menonton gambar dan video lucah, menyebarkan video palsu dan menjalin ‘cinta monyet’ yang menjurus kepada jenayah seksual, lari dari rumah, mencederakan rakan sebaya, pengedaran dadah dan gengsterisme.
Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Dasar Sumber) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Coursesenu Ibrahim berkata, kelompok ini mudah terpengaruh dengan rakan serta perkara negatif melalui media sosial.
Daging Maut, Ayam Melecur, Udang Meletop! Biar betul? Tatkala mendengar menu yang sering menjadi pilihan pelanggan, memang timbul pelbagai persoalan mengenai hidangan yang mempunyai nama ‘maut’ itu.
Namun, itu kebenarannya. Nama hidangan ‘signature’ restoran Tumis@Teak 5 yang dibuka pada 2012 di Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur ini bukan saja unik, malah rasanya juga ‘terangkat’.
Tertarik dengan hidangan Nasi Daging Maut dan mahu merasai sendiri apa yang ‘maut’ itu, penulis mengatur masa untuk berkunjung ke restoran yang mengetengahkan pelbagai makanan tradisional ini.
Seorang peminat tegar filem fiksyen sains Star Wars menawarkan orang ramai peluang bermalam di rumahnya yang tidak ubah seperti muzium memperingati kisah berkenaan.
Dave Oldbury, 46, yang juga posmen mengaku menghabiskan sekitar £150,000 (RM976,000) untuk koleksi Star Wars dimiliki, termasuk patung aksi, buku dan ‘Storm Trooper’ bersaiz manusia.
Dia juga berjaya menghimpunkan autograf hampir 9,000 pelakon dan krew penggambaran selepas sanggup mengembara seluruh dunia ‘memburu’ bintang-bintang filem itu, termasuk Sir Alec Guinness yang memainkan watak asal Obi-Wan Kenobi pada 1970-an.
Seorang jutawan India menghabiskan £14 juta (RM90 juta) untuk perkahwinan anak lelakinya di Florence, Itali.
Kira-kira 500 tetamu dijemput menghadiri upacara perkahwinan Rohan Mehta dan pengantin perempuan Roshni yang diadakan selama tiga hari berturut-turut.
Rohan ialah satu-satunya anak lelaki Yogesh Mehta, jutawan yang menubuhkan empayar Petrochem di Dubai pada 1995.
Majlis bermula Rabu lalu selepas tetamu dari seluruh dunia diterbangkan ke Florence dan disediakan tempat tinggal di beberapa hotel terbaik bandar raya itu.
Madaya (Syria): Daun dan rumput kini menjadi makanan harian penduduk Syria di bandar ini bersempadan dengan Lubnan manakala beras kini dijual dalam gram berikutan harganya hampir RM1,000 sekilogram, malah ada penduduk yang memakan haiwan peliharaan untuk meneruskan kehidupan.
Almaty (Kazakhstan): Seorang pembunuh kanibal yang digelar ‘Metal Fang’ (taring besi) dilaporkan berjaya meloloskan diri dari sebuah hospital sakit jiwa berkawalan ketat untuk mencari mangsa lagi.
Nikolai Dzhumagaliev, 63, dijel pada 1981 selepas mengaku membunuh dan makan mangsanya. Polis percaya dia membunuh sekurang-kurangnya 10 wanita sebelum ditangkap.
Seoul: Seorang pegawai kanan Korea Utara semalam menyifatkan tindakan Korea Selatan menyiarkan propaganda dengan pembesar suara berkuasa tinggi meletakkan kedua-dua negara bermusuh itu di ambang peperangan.
Ia reaksi rasmi pertama Pyongyang terhadap tindakan Korea Selatan itu.
Ujian keempat nuklear Korea Utara Rabu lalu mencetuskan kemarahan Amerika Syarikat dan China yang tidak diberikan notis lebih awal walaupun Washington dan pakar senjata sangsi dakwaan Korea Utara kononnya ujian itu membabitkan bom hidrogen.
Sebagai tindak balas terhadap ujian berkenaan Seoul semalam melancarkan serangan propaganda. Kali terakhir ia melakukannya ialah pada Ogos 2015 yang menyebabkan tercetusnya serangan meriam antara kedua-dua pihak.
Beijing (China): Seorang doktor yang baru cuba menyelamatkan nyawa seorang pesakit cedera parah selepas diserang suami pesakit berkenaan yang mendakwa isterinya mati kerana doktor berkenaan itu tiba lewat.
Menurut polis, Wu Jianqiang, 28, yang kini dirawat di sebuah hospital di sini menerima panggilan kecemasan daripada keluarga pesakit pagi kelmarin.
Bersama-dama dengan seorang jururawat dan dua petugas ambulans, dia tiba di rumah mangsa sembilan minit kemudian.
Selepas memeriksa wanita itu dan melakukan CPR, pesakit tidak menujukkan sebarang tanda masih hidup.
Sebaik mengesahkan wanita itu mati, keluarga pesakit memaki hamun Wu dengan seorang daripada mereka memukulnya.
Mereka mengejar doktor berkenaan sambil mengancam memotong tangannya.
Wu jatuh ketika berlari untuk menyelamatkan diri, menyebabkan dua anggota keluarga wanita itu memukulnya lagi.
Menurut polis, suami wanita itu, Hu, dan jiran mereka, Shi, mengaku melakukan jenayah itu.
Hu dibebaskan sementara untuk membolehkan dia menguruskan mayat isterinya sementara Shi ditahan untuk didakwa.
Berita mengenai kejadian itu yang tersebar di laman sosial di China mengundang kritikan terhadap keluarga pesakit.
Seorang pengguna menulis: “Doktor itu tiba enam minit selepas menerima panggilan. Dia dipukul dengan teruk.
“Bayangkan jika dia tiba 10 minit. Mungkin kulitnya disiat.” - Agensi.
Kentucky (Amerika Syarikat): Seorang wanita menggigit muka suaminya ketika bertengkar mengenai sama ada aktres Hilary Duff muncul dalam iklan yang mereka lihat di televisyen.
Polis berkata, Brandi Lester, 26, ditangkap minggu lalu atas tuduhan menyerang berikutan pertelingkahan dengan suaminya Ethan.
Ethan memberitahu polis, dia cuba mencium isterinya di dahi untuk mengakhiri pertengkaran mereka tetapi wanita itu menggigit mukanya.
Chengdu (China): Seorang peniaga pau di sini menghantar sendiri 100 pau yang dipesan setiap pelanggannya, dengan kereta mewah Lamborghini.
Peniaga itu yang namanya tidak didedahkan berkata, dia baru sahaja memulakan perniagaan pau itu minggu lalu dan penghantaran kuih berkenaan secara percuma kepada pelanggannya adalah satu daripada cara dia menarik minat pelanggan.
GOMBAK - Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan ‎berkata, Pas tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingin menyentuh dasar Islam yang diperjuangkan parti itu.

Oleh itu, katanya Pas tidak teragak-agak untuk keluar daripada sesebuah gabungan parti politik sekiranya dasar parti itu 'disentuh'.
GOMBAK - Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, jangka hayat Pakatan Harapan (PH) mungkin akan lebih panjang sekiranya mereka mengamalkan 'meminum minum tongkat ali'.

SHAH ALAM - Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid memberitahu ada ditanya orang-orang kampung tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang menunjukkan mereka tidak tahu langsung tentang perjanjian itu.
Namun ketika menjawab, beliau sempat bergurau sinis bahawa mereka tidak perlu faham sebaliknya setuju sahaja dengan perjanjian itu.
MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menyifatkan dua individu yang mendakwa diri mereka berketurunan raja dan pewaris takhta negeri Melaka sebagai gila kuasa sehingga sanggup menjadikan negeri ini sebagai bahan jenaka.
Menurut beliau, tindakan kedua-dua individu yang menggelar diri mereka sebagai Sultan Melaka dan Bonda Ratu itu, bukan saja tidak diterima rakyat di negeri ini, malah di peringkat negara dan antarabangsa.
"Saya kira, mereka ini orang gila termasuklah Bonda Ratu atau siapa pun yang berkaitan dengannya sebagai individu gila kuasa, gila takhta atau pun betul-betul gila,” katanya.