Wednesday, July 1, 2015






HARGA MINYAK NAIK LAGI 1 JULAI 2015
Sampai pengumuman harga minyak baru untuk bulan Julai terpaksa dihentikan. Takkanlah sampai sakit sangat kerajaan hingga tidak mampu mengumumkan harga baru minyak petrol dengan lebih awal. Seperti mahu beri kejutan kepada rakyat. Kalau harga naik jer kot tak berani nak umum..kalau harga turun mungkin diorang akan umum dengan penuh kebanggaan.
Kini harga baru untuk Julai 2015 telah dinaikkan 20sen bagi Ron97 iaitu dari RM2.35 kepada RM2.55.
Manakala sekupang kenaikan bagi Ron95 iaitu dari RM2.05 kepada RM2.15.
Besyukurlah kita kerana harga minyak petrol di Malaysia masih rendah berbanding dengan negara-negara pengeluar minyak yang lain seperti Brunei, Qatar, Arab Saudi dan banyak lagi. Aku faham kesan kejatuhan nilai ringgit kepada RM3.78 per 1 USD telah menyebabkan kenaikkan ini. Dan pak menteri banyak kali cakap ekonomi Malaysia masih kukuh dan stabil. Dan ada juga menteri yang suka dengan kenaikan dollar sebab akan menggalakkan pelancong asing datang melawat ke negara kita.

No comments:

Post a Comment