Tuesday, December 8, 2015

BERITA SUKAN : UPDATE 8 DEC

1.  PEMANGKU Jurulatih Kedah, Ramon Marcote melihat keputusan seri 2-2 diperoleh pemainnya aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia adalah hasil kerja keras sepanjang permainan. Berdepan Felda United yang memiliki kekuatan di semua bahagian, disiplin dan semangat berpasukan antara nadi keputusan positif berjaya dilakar.

2.  MELAKA - Kerajaan Melaka akan memberi insentif berjumlah RM3,000 kepada raja pecut Sekolah Asean, Badrul Hisyam Abdul Manap atas kejayaan meraih tiga pingat emas pada Kejohanan Sukan Sekolah Asean 2015 di Brunei, baru-baru ini.

3.  LALUAN Ratu Skuasy Malaysia Datuk Nicol David untuk mengekalkan kejuaraannya buat kali ke-10 di Kejohanan Terbuka Hong Kong semakin hampir setelah beliau menewaskan Joelle King dari New Zealand dalam perlawanan suku akhir, hari ini.  Nicol pemain nombor tiga dunia, mengambil masa 30 minit untuk menundukkan Joelle dengan straight set 11-6, 11-4 dan 11-3.  Beliau akan bertemu Omneya Abdel Kawy pada perlawanan separuh akhir esok.

4.  JURULATIH Selangor, Mehmet Durakovic memuji penjaga gawangnya, Norazlan Razali yang mempamerkan aksi cemerlang menafikan percubaan bahaya Pahang dalam aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia, kelmarin.

5.  NAMA bekas pengendali The Red Warriors musim 2009 hingga 2010, B Sathianathan kembali berada dalCam radar Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk membimbing pasukan itu mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.

6.  T-TEAM menerima suntikan baharu mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan apabila sah menggunakan khidmat bekas pengendali skuad kebangsaan Indonesia, Rahmat Dermawan.

7.  KEJOHANAN Muaythai Piala DiRaja Edisi ke-8 anjuran Z1 International Sdn Bhd dan Persatuan Muaythai Negeri Kedah di Stadium Negara, Kuala Lumpur memulakan tirainya hari ini.

8.  KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyanggah keras kenyataan penganjur Hallmark Events Group, Isnin lalu bahawa mereka berhasrat untuk menunda Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di ibu negara dari 11 hingga 18 Disember ini kerana bimbang dengan tahap keselamatan.

9.  ZURICH – Dua naib presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah ditahan oleh polis Switzerland semalam dalam serbuan waktu subuh kerana disyaki menerima rasuah berjuta ringgit dalam penyiasatan yang semakin diperluaskan ke atas skandal rasuah.

10.  BARCELONA - Belum pun reda daripada pengalaman kalah 0-4 kepada Barcelona dalam aksi El Clasico dua minggu lalu, Real Madrid sekali lagi mengalami insiden memalukan apabila berdepan risiko ‘disingkir’ daripada Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey) gara-gara menurunkan pemain yang digantung Denis Cheryshev ketika menumpaskan Cadiz 3-1 dalam pusingan keempat semalam. 

No comments:

Post a Comment